Usahawan kosmetik popular, Nur Sajat Kamaruzzaman mengundang perhatian netizen apabila memuat naik sepotong video di sebuah pusat membeli belah.

Video itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Jalan jalan sis????....cuci mata?

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on


Dalam video tersebut, penampilan dan bentuk badan Sajat menjadi bualan ramai kerana merasakan tidak menghormati bulan Ramadan.



Namun begitu, Sajat mengambil langkah untuk membalas komen dari salah seorang pengikutnya itu.

"Perut kecik kenapa punggung besar nauu?" tulis seorang wanita.

"Sebab rajin berbengkung. Pinggang kita 24 inci je sis," jawab Sajat.

Entri tersebut telah mendapat hampir 160,000 tontonan dan 800 komen selepas dimuat naik semalam.