Jika anda merupakan penggemar filem Guardian of the Galaxy Vol 3, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman luar biasa karya hebat itu Astro Experience Store, IOI Mall Putrajaya.

Selain bergambar dengan figurin Star-Lord dan Groot bersaiz ‘manusia’ di ruang Kids Zone, pengunjung yang hadir juga berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Jika pengunjung melanggan Movies Pack dan ke atas bersama Disney+ Hotstar, mereka bakal membawa pula merchandise rasmi daripada Marvel Studio.



Sebanyak 25 unit hoodie Guardian of the Galaxy dan 37 unit beg Antman boleh lipat untuk dibawa pulang.

Tawaran bermula 24 Ogos ini dan akan berlangsung selama enam minggu. Pemberian merchandise sebagai hadiah langganan pula tertakluk kepada stok yang tersedia.

Guardian of the Galaxy Vol 3 kini boleh distrim menerusi aplikasi Disney+ Hotstar di Astro Ultra & Ulti Box.

Jom hadir ke Astro Experience Store, IOI City Mall Putrajaya sekarang!

BACA: Disney+ Hotstar Kini Di Astro Ultra Box! Crazy Love, Encanto, Moon Knight Semuanya Boleh Ditonton​