Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kisah pemandu lori yang terkena serangan jantung dan meninggal dunia selepas menerima rawatan.

Lebih menyedihkan apabila pemandu lori itu difitnah dan video tular tersebut mendakwanya memandu dalam keadaan mabuk.

Sebaliknya punca kematiannya adalah 'myocardial infarction' (serangan jantung).

BACA: “Kesian Pakcik Tu Tahan Sakit, Dia Difitnah” - Video Tular Kemalangan, Pemandu Trailer Bukan Mabuk Tapi…

Malah adik kepada pemandu lori juga berkata jika tidak difitnah, kemungkinan abangnya dapat diselamatkan sekiranya dihantar ke hospital lebih awal.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Public Health Malaysia menyatakan jika seseorang individu mengalami serangan jantung atau stroke, setiap minit adalah sangat berharga.

Semakin lambat, semakin banyak sel otak atau jantung yang mati akibat tiada bekalan oksigen.

Jadi bantu mereka dengan membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan dengan SEGERA, jangan tunggu.

Berikut merupakan perbezaan antara serangan strok dan sakit jantung.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.

Ingat, jangan kongsi berita jika tak pasti dan jangan viralkan benda yang tidak tahu pucuk pangkal cerita.