Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bawa Topik Lebih Serius Dalam Podcast Ruang Terbuka, Adriana Adnan Tertarik Kupas Isu ‘Songsang’ - “Saya Tak Pernah Menilai, Anggap Itu Ujian Mereka”

Umirah Halim
28/09/2024 12:55 MYT

Pengacara dan pelakon, Adriana Adnan memaklumkan bakal memberi kelainan dalam saluran podcast ‘Ruang Terbuka’ yang dikendalikan olehnya pada musim akan datang.

Topik lebih serius

Kata Adriana, topik yang akan dikupas lebih serius seperti cabaran golongan homoseksual mengharungi ujian hidup.

“Kelainan yang mahu dibawa untuk musim kedua mungkin akan membincangkan topik yang agak berat.

“Sebab banyak DM yang saya terima cerita tentang permasalahan peribadi seperti lelaki yang mempunyai perasaan kepada lelaki (homoseksual) atau songsang.

“Saya mahu dengar cerita dari individu yang mempunyai masalah itu, apa yang mereka lalui dan cabaran serta kecaman yang mereka terima,” katanya ketika ditemui Gempak di sidang media pelancaran program temu bual Tiga Is3 yang diadakan di Restoran Majapahit, Mont Kiara, baru-baru ini.

BERITA TRENDING: “Selama Ini Memang Saya Suka Karaoke..” - Tak Tolak Jadi Penyanyi, Adriana Adnan Pergi Kelas Vokal -

​BERITA TRENDING: Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…

​BERITA TRENDING: “Jaga Rumah Tangga Kau Sudah!” - Zaquan

​BERITA TRENDING: “Dia Kata Orang Tak Apa, Kalau Orang Mengata

Sementara itu, Adriana bagaimanapun akui tidak menilai golongan songsang, sebaliknya menganggap sudah tertulis ujian buat mereka yang mempunyai naluri menyukai kaum sejenis.

“Saya tak pernah menilai mereka yang berdepan masalah itu kerana saya anggap itu ujian mereka.

“Setiap manusia ada ujian masing-masing. Saya bukan menyokong golongan tersebut, tetapi mahu memahami situasi mereka sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adriana turut memberitahu, dia akan mengelak daripada membincangkan isu sensitif seperti membuka aib sendiri atau menjatuhkan mana-mana pihak lain dalam saluran podcast tersebut.

“Saya tidak mahu platform saya tempat orang tabur dosa. Saya kalau boleh nak jernihkan keadaan.

“Sesiapa yang nak datang ke podcast saya untuk jernihkan keadaan atau bersihkan nama mereka, dipersilakan. Supaya orang boleh dengar penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri,” tambahnya lagi.

Ruang Terbuka merupakan podcast kendalian dan diterbitkan Adriana sendiri dengan kerjasama FYP Entertainment yang mula bersiaran bermula Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, program temu bual Tiga IS3 akan berkongsi banyak kisah menarik tentang rumah tangga dan kehidupan seharian Adriana bersama dua lagi hos iaitu Uyaina Arshad dan Syamim Freida.

Diterbitkan oleh FYP Media, Tiga IS3 sudah mula ditayangkan pada 22 September bersempena Wife Appreciation Day yang disambut pada minggu ketiga bulan September.

Sebagai permulaan, tiga episod akan ditayangkan setiap hari Ahad, jam 5 petang menerusi YouTube FYP Media.

#Podcast #Ujian #Songsang #Adriana #Adnan
;