Pelakon Gambit Saifullah teruja menantikan tayangan filem PASKAL The Movie yang bakal menemui peminat wayang tempatan bermula 27 September ini.
Menerusi filem ini, Gambit membawakan watak sebagai seorang anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia.
"Saya membawa watak sebagai Gagak, seorang anggota elit PASKAL. Saya menjadi seorang 'sniper' dan ia merupakan pengalaman baru bagi saya.
"Seronok kerana dapat bekerjasama dengan pengarah, Adrian Teh serta tenaga produksi filem PASKAL The Movie.
"Pelakon-pelakon lain juga memberikan banyak tunjuk ajar dan kerjasama yang baik dalam menjayakan filem ini.
"Saya teruja dan tak sabar menantikan tayangan filem ini dan berharap peminat dalam menyokong filem PASKAL The Movie," katanya.
Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Selain Gambit, filem itu dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 27 September ini!
Kamaruddin Razal
Tue Sep 18 2018
Kes Tuntutan Cerai & Hak Penjagaan Anak, Ippo Hafiz Gagal Hadirkan Diri
Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz gagal menghadirkan diri bagi sebutan kes penceraian dan tuntutan hak penjagaan anak yang difailkan isterinya, Fara Roslan di Mahkahmah Syariah Shah Alam.
Datin Red Cerai Tak Tuntut Nafkah, Kekal Hubungan Baik - “Saya Tahu Dia Tidak Sekejam Itu”
Bekas isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red Berakhir Dengan Penceraian, Sempat Bermaaf-Maafan
Rumah tangga usahawan Datuk Red bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim berakhir dengan perceraian talak satu.
“Caci, Maki, Hinaan Adakah Dihalalkan?” - Scha Al-Yahya Anggap Rezeki Sudah Ditetapkan
Nama pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya turut tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 yang disenaraikan oleh netizen di laman sosial sejak beberapa hari ini.
Pernah Berkolaborasi Dengan Ruhainies, Aliff Syukri: “Dah Bayar Berpuluh Ribu Aku Nak Simpan Je Ke?”
Jika sebelum ini pernah dikritik kerana bekerjasama dengan aktres kontroversi, Ruhainies, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya menjawab kepada segala persoalan netizen berhubung kolaborasinya bersama pelakon itu.
Syamimia Dah Agak Nama Dipetik Dalam Senarai Blockout 2024 - “Awas!”
Kecoh di laman TikTok mengenai gerakan Blockout 2024 yang iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.
Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Beri Sumbangan Tabung Palestin Cecah RM100,000 - “Minta Maaf Jika Cara Saya Tak Tepat”
Susulan namanya termasuk dalam senarai boikot gerakan Blockout 2024, Daiyan Trisha tampil mempertahankan dirinya.
Askar Israel Cedera Diserang Ratusan Penyengat Di Semenanjung Gaza
Seramai 12 askar Israel cedera selepas diserang oleh ratusan penyengat di selatan Semenanjung Gaza.
Recap: Ini Perkara Menarik Yang Berlaku Pada Konsert Jelajah ONEUS La Dolce Vita!
Pertama kali membuat persembahan di Kuala Lumpur, ONEUS tampil dengan persembahan yang cukup luar biasa.
Jadual Sentiasa Padat, James Jirayu Kongsi Rutin Hariannya Sebagai Pelakon
Aktor dari Thailand, James Jirayu berkongsi rutin hariannya sebagai seorang pelakon.