Laman Utama

Bawa Watak Tan Sri Yang ‘Sengal’ & Lucu Dalam Cina Buta, Azhan Rani Akui Tidak Mudah; “Kalau Tak Jadi, Rosakkan Jalan Cerita…”

Shahrin Zulkifle
11/01/2023
13:00 MYT

Pelakon Azhan Rani mendedahkan tidak mudah baginya untuk membawa watak seorang ‘Tan Sri’ yang berperwatakan lucu dan ‘sengal’ menerusi drama rantaian Cina Buta.

Kata Azhan, meskipun watak berkenaan kelihatan mudah untuk dibawa, namun jika tidak kena pada caranya dikhuatiri merosakkan jalan cerita.

“Memang fun tetapi lebih kepada nervous. Orang nampak karakter ni macam main-main, kalau tak jadi atau tak kena dengan cara akan nampak macam menjatuhkan hukum pada diri sendiri serta merosakkan jalan cerita,” katanya kepada Gempak.

Menerusi drama berkenaan, Azhan merupakan seorang pelakon extra yang kemudian diupah oleh Sharnaz (Ungku Ismail) untuk menjadi bapa palsu yang berpangkat seorang Tan Sri kepada watak Aliff Syukri (Aliff Aziz).

Dalam masa sama, Azhan akui jika watak berkenaan tidak dibawa dengan baik turut akan menjejaskan prestasi lakonan pelakon lain dalam Cina Buta.

“Bila diletakkan di sebelah Didie Alias, kita pun takut gagalkan dia, kalau saya buruk, akan burukkan dia. Kena fokus dan let go.

“Challenging juga untuk watak sengal-sengal, satu frame dengan pelakon hebat macam Nad Zainal. Ketika dia sedih, kami buat macam sengal-sengal tu pula. Combination dan experiment menjadi. Pemilihan pelakon amat bertepatan dan mampu bawa,” ujarnya.

***

Saksikan Cina Buta yang kini disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 19 Disember 2022, jam 10.00 malam secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104).

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
19/07/2024
01:55 MYT
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

gempak
18/07/2024
03:25 MYT
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu perempuannya iaitu Ara Adreanna yang berusia empat tahun pada 18 Julai, Khamis.