Pelakon Shaheizy Sam berkongsi foto kek yang diterima sempena dengan hari jadi isterinya, Syatilla Melvin.

Rekaan kek itu mendapat perhatian netizen kerana kek tersebut bukanlah kek biasa, sebaliknya agak unik kerana berbentuk lipas.

Menariknya lagi, kek itu juga dibuat dengan begitu teliti sehingga menampakkan bulu-bulu kecil di bahagian kaki ‘lipas’ berkenaan.

“Kek Anniversary decent je, tapi birthday cake dia. Teliti sungguh dengan bulu-bulu kat kaki tu. Tergamak ke nak makan? Nasib baik sedap,” tulisnya diakaun Instagram.

Kek Anniversary decent je, tapi birthday cake dia... ??‍♂️ Detail sungguh dengan bulu2 kat kaki tu. Tergamak ke nak makan? ?. Nasib baik sedap ?

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Bagaimanapun menerusi ruangan komen, rata-ratanya menyatakan rasa geli dan sukar untuk menelan kek berkenaan sekiranya berada di tempat Sam.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen-komen lucu terhadap ‘lipas’ tersebut termasuklah pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Jahat ooo kek tu… Mau kena tetak lapan kek tu dengan penyapu,” tulis @sharnaazahmad

“Imagine bila kerat kek tu lipas-lipas keluar dari kek lari bertempiaran siap ada yang terbang,” komen @najimyshokry

“Tengok kek pun naik bulu roma. Macam mana nak suap dalam mulut,” coret @bynurnadia_

Terdahulu, Sam dan Syatilla telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak, Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.