Gaya Hidup

"Bayangkan 'Hang Tuah' & 'Hang Li Po' Bercuti Pada Musim Sejuk" - Behati Peragakan 22 Busana Inspirasi Malaysia Di Harbin Fashion Week 2025

gempak
Amri Hassan
16/01/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
"Bayangkan 'Hang Tuah' & 'Hang Li Po' Bercuti Pada Musim Sejuk" - Behati Peragakan 22 Busana Inspirasi Malaysia Di Harbin Fashion Week 2025
Pereka fesyen Kel Wen daripada jenama popular tempatan Behati akui teruja dan bangga dapat mempertontonkan koleksi musim dinginnya pertama kali di pentas peragaan antarabangsa sempena Harbin Fashion Week 2025.
Jelas Kel Wen, koleksi yang mengambil inspirasi daripada cuaca di bawah paras beku di China ini menjalin erat keunikan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India di Malaysia.
"Tahun lepas pasukan Harbin Fashion Week nampak saya daripada salah satu acara yang saya hadiri, mereka pilih saya tahun ini untuk mewakili Malaysia untuk menunjukkan budaya kita.
"Saya sangat bangga datang ke Harbin, saya berketurunan Cina dan bangga untuk mewakili Malaysia ke China. Saya berada di sini untuk menunjukkan bagaimana kepelbagaian budaya kita kepada penonton di China. Sebagai pereka fesyen di Malaysia, saya rasa sangat istimewa dan dapat mempertontonkan apa yang saya sangat suka dan sayang akan Malaysia.
"Saya ada banyak cerita dengan setiap individu dari Malaysia, inilah yang saya mahukan untuk saya ceritakan apakah itu budaya Malaysia," katanya kepada Gempak.
Kel Wen yang ditemui di Hongchang Art Museum, Harbin, China pada Rabu lalu telah memperagakan 22 busana tempatan yang mengambil inspirasi daripada budaya-budaya yang ada di Malaysia namun diterjemahkan dalam helaian musim dingin.
Antara yang menarik perhatian adalah jaket songket quilted, variasi tanjak, oversized cheongsam dan oversized baju Melayu songket.

BERITA TRENDING: "Tak Panas, Ringan" - Behati Guna 30 Meter Kain Untuk Dres Metalik DSV, Bersiap Di Backstage Saja!

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Aina Abdul Is Shaking” - Busana Red Carpet Azfar Heri Curi Tumpuan Netizen

BERITA TRENDING: Aina Abdul Berbalut Dalam Plastik, Ini Simbolik Cover Albumnya!

BERITA TRENDING: Vibes Raya Dah Datang…’Baju Bapak Besar’, ‘Jubah Wira’ & ‘Baju Melayu Pendek’ Jadi Bualan Warganet!

Inspirasi cuaca sejuk bawah paras beku

Tambah Kel Wen lagi, koleksi ini secara ringkas memberikan gambaran tentang budaya yang ada di Malaysia kepada audiens di luar negara terutamanya di China.
"Saya terinspirasi dengan cuaca pada musim dingin di Harbin, jadi saya imaginasikan bagaimana baju Melayu boleh dipakai ketika musim sejuk, jadi saya hasilkan koleksi ini. Ini koleksi musim sejuk saya dalam pelbagai budaya.
"Penonton dapat melihat pelabgai quilted songket, royalty Malaysia, saya imaginasikan 'Hang Tuah' dan 'Hang Li Po' datang ke Harbin. Saya harap dapat mempromosikan budaya Malaysia, saya campurkan fabrik songket, sari dan sebagainya. Saya harap komuniti di sini menggemarinya," ujarnya.

Tak muat luggage!

Bercerita mengenai cabaran kali ini, selain bergelut dengan persepsi audiens di China, Kel Wen juga berdepan kesukaran untuk membawa helaian quilted oversized ekoran limitasi bagasi.
"Semuanya ada 22 helaian dan hanya dibenarkan bawa tiga buah bagasi sahaja, jadi salah satunya quilted jacket saya terpaksa tinggalkan di Malaysia sebab terlalu besar. Saya tidak tahu siapa model, saya follow the flow, sama juga dengan bagaimana pandangan dan penerimaan audiens di sini (China). Jadi saya buat apa yang 'most Malaysian' dan mewakili 'winter Malaysia'," ulasnya.
Selain Behati, salah seorang pereka fesyen tempatan yang turut membuat peragaan fesyen di Harbin sempena Harbin Fashion Week 2025 ialah Atelier Prive Melson oleh Melvin Ashley Shah.
Harbin Fashion Week 2025 membuka tirai pada 10 Januari hingga 15 Januari dengan menampilkan pelbagai perekan fesyen daripada seluruh dunia antaranya Priyo Oktaviano (Indonesia), Adrian Anh Tuan (Vietnam), Karina Khimchinskaya (Rusia), Panya Me (Thailand), Francis Libiran (Filipina), Victoria Ladefoged (Denmark), Boris Hanecka (Slovakia), Rich Minisi (Afrika Selatan), Kollapse (Sepanyol) dan Trickcoo (China).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024