Berita

"Bayaq Mahai-Mahai Pun Bukan Laqat Nak Makan Semua" - Rozita Che Wan Kongsi Tips Elak Pembaziran

gempak
Rozaimi Zubaidi
29/05/2019
21:44 MYT
Sponsor Banner
"Bayaq Mahai-Mahai Pun Bukan Laqat Nak Makan Semua" - Rozita Che Wan Kongsi Tips Elak Pembaziran
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta tampil memberi tips kepada pengikutnya supaya bijak dalam memilih tempat untuk berbuka puasa dengan harga yang tidak mahal.
Menerusi entri di Instagram (IG), Che Ta menyarankan agar orang ramai dapat memilih tempat berbuaka puasa yang menyediakan harga berpatutan dengan makanan disediakan berbaloi serta sedap.
"Cerita bukak puasa. Makanan sedap-sedap, harga tak cekik darah so berbaloi-baloi.
"Bayaq mahai-mahai pun bukan laqat nak makan semua, so untuk mengelakkan pembaziran di bulan puasa ini pilih tempat-tempat yang tak mahai tapi makanan banyak dan sedap," tulisnya.
Ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan ada juga yang memberi cadangan supaya memasak sendiri di rumah untuk mengelakkan pembaziran.
"lhce07: rozitachewan1. Eeerrkk, Alhaduliilah. Dah habis makan tu, betul tu Rozita, cari kedai murah tapi kita banyak makan ramai-ramai. Tapi Che Ta, ada ka lagi ke kedai macam tu."
"@eyra_honney95: Tengok Che Ta pun kenyang dah. hehehe... Tapi kalau masak di rumah lagi jimat."
"@quietudee_16: Makan apa yang ada je Alhamdullilah. Thank you for sharing."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live