Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Bayaq Mahai-Mahai Pun Bukan Laqat Nak Makan Semua" - Rozita Che Wan Kongsi Tips Elak Pembaziran

Rozaimi Zubaidi
29/05/2019 21:44 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta tampil memberi tips kepada pengikutnya supaya bijak dalam memilih tempat untuk berbuka puasa dengan harga yang tidak mahal.

Menerusi entri di Instagram (IG), Che Ta menyarankan agar orang ramai dapat memilih tempat berbuaka puasa yang menyediakan harga berpatutan dengan makanan disediakan berbaloi serta sedap.

"Cerita bukak puasa. Makanan sedap-sedap, harga tak cekik darah so berbaloi-baloi.

"Bayaq mahai-mahai pun bukan laqat nak makan semua, so untuk mengelakkan pembaziran di bulan puasa ini pilih tempat-tempat yang tak mahai tapi makanan banyak dan sedap," tulisnya.

Cerita bukak posa di @floraterrace_ .. makanan sedap2 , harga tk cekik daqah so berbaloi2.. bayaq mahai2 pun bukan laqat bak makan semua .. so utk mengelakkan pembaziran di bulan posa ni pilih tempat2 yg tk mahai tp makanan byk?dan sedap? . . #rozitachewan #cheta #rcw #ramdhan2019 #family #zsrcw

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan ada juga yang memberi cadangan supaya memasak sendiri di rumah untuk mengelakkan pembaziran.

"lhce07: rozitachewan1. Eeerrkk, Alhaduliilah. Dah habis makan tu, betul tu Rozita, cari kedai murah tapi kita banyak makan ramai-ramai. Tapi Che Ta, ada ka lagi ke kedai macam tu."

"@eyra_honney95: Tengok Che Ta pun kenyang dah. hehehe... Tapi kalau masak di rumah lagi jimat."

"@quietudee_16: Makan apa yang ada je Alhamdullilah. Thank you for sharing."
#pelakon #Rozita Che Wan #Pelakon
;