Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bayaran Cuma RM800 Selama 6 Bulan Shooting”- Shakilla Khoriri Imbas Memori Ketika Mula Berlakon, Pernah Jadi Tukang Kopek Jagung!

Syafiqah Jalal
08/10/2019 07:09 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri mengimbau kembali kenangan sewaktu dia mula menceburi bidang lakonan.

Menurut Shakilla, perjalanannya bukan mudah kerana demi untuk bergelar pelakon, dia kehabisan duit simpanan.

Lebih teruk lagi, ketika sudah diterima berlakon sebuah drama, dia hanya dibayar RM800 untuk enam bulan komitmen penggambaran.

“Dulu masa awal aku nak join bidang lakonan ni aku habis duit simpanan aku sebab kerap pergi casting.

“Aku decided untuk berhenti kerja dekat satu butik yang pada masa itu gaji best untuk aku budak muda yang tak ada comittment lagi kecuali kereta Kenari aku tu.

“Aku stop sebab aku shooting drama 26 episod dan bayaran aku cuma RM800 selama 6 bulan shooting. GILA kan!

“Tapi aku syukur sebab itu langkah pertama aku,” tulisnya.

Shakilla mengimbau kenangan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, menurut Shakilla, ia tidak seperti yang diharapkan kerana dia telah kehilangan kerja dan tawaran berlakon selama setahun.

Dek kerana kehabisan duit, dia mendedahkan telah melakukan kerja sampingan iaitu menjadi tukang kopek jagung yang hanya menerima bayaran serendah RM15 sehari.

“Lepas habis tu aku JOBLESS hampir setahun.
Yes aku kena sedar yang persaingan dan pemilihan pelakon bukan main celup.

“Aku dengan bakat tak berapa ada, gemok pendek dengan tak pandai berhias , alaaahh tak sedih lah kalau orang tak pandang. Tapi tak putus asa. Hebat jiwa muda aku.

“Aku kehabisan duit. Buntu mana nak cari duit semata-mata nak isi minyak untuk pi casting yang tak pernah dapat. Tapi entah kenapa aku tetap pergi.

“Jiran sebelah rumah aku masa tu meniaga jagung kat pasar malam. So selain jagung batang pasti ada jagung cup yang korang pun suka tu kan. Rupanya kena kopek manual macam dalam video ni.

“Berguni-guni dari pagi sampai ke malam sampai sakit pinggang. Lepas settle kopek kena kemas balik semua semata-mata untuk dapat RM15-20 lepas isi minyak. Lagi sedih Emak aku pun sama-sama buat. Allah sebaknya aku rasa sekarang,” ceritanya lagi.

Atas sebab itu, Shakilla lebih menghargai semua orang yang berada di dalam industri kerana ia bukanlah satu kerja yang mudah.

“Sebab tu aku sensitif bila terdengar orang susah atau aku hargai apa yang aku dapat sekarang. Penerimaan aku dalam industri hiburan. Aku hargai kawan-kawan kerja aku dari producer, artis sampailah yang buat air tu.

“Sebab aku tahu SUSAH untuk aku dapat semua ni walaupun dulu aku cakap nak berlakon pakat kena gelak dengan kawan dan saudara.

“Sebab aku pernah susah dan pengalaman tu,
Hari ni aku beli jagung mahal dan aku kopek sendiri untuk buat makanan anak aku. Sambil kopek sambil sedih. 11 tahun dah berlalu,” tambahnya lagi.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang mendapat inspirasi dari kisahnya.

Shakilla kini ibu kepada seorang anak perempuan Ameena Sofia dan isteri kepada penyampai radio Fizi Ali yang dinikahinya pada 18 Februari 2018.

#?• . JANGAN MALU PERNAH SUSAH . . Hari ni Cik Ameena tak berapa sihat.So aku syak dia akan extra mengada dan akan tidur banyak. So curi masa nak buat stock makanan Cik Ameena. . Bila orang tengok video ni mesti ada yang puji kata hebatnya kopek jagung. Dan mungkin aku pun akan rasa bangga sambil cakap Thanks ? . . Sebak pulak dada bila tiba2 aku TERflash back kisah macam mana konon hebatnya aku kopek jagung. Dulu masa awal aku nak join bidang lakonan ni aku habis duit simpanan aku sebab kerap pergi casting. Aku decided untuk berhenti kerja dekat satu butik yang pada masa itu gaji best untuk aku budak muda yang takde comittment lagi kecuali kereta kenari aku tu. Aku stop sebab aku shooting drama 26 epd dan bayaran aku cuma RM800 selama 6 bulan shooting. GILA kan! Tapi aku syukur sebab itu langkah pertama aku. Lepas habis tu aku JOBLESS hampir setahun. yess aku kena sedar yang persaing dan pemilihan pelakon bukan main celup. Aku dengan bakat tak berapa ada, gemok pendek dengan tak pandai berhias , alaaahh tak sedih lah kalau orang tak pandang. Tapi tak putus asa. Hebat jiwa muda aku. . Aku kehabisan duit. Buntu mana nak cari duit semata2 nak isi minyak untuk pi casting yang tak pernah dapat. Tapi entah kenapa aku tetap pergi. ? . Jiran sebelah rumah aku masa tu meniaga jagung kat pasar malam. So selain jagung batang pasti ada jagung cup yang korang pun suka tu kan. Rupanya kena kopek manual macam dalam video ni. Berguni2 dari pagi sampai ke malam sampai sakit pinggang.Lepas settle kopek kena kemas balik semua semata2 untul Dapat RM15-20 lepas isi minyak.Lagi sedih Emak aku pun sama2 buat. Allah sebak nya aku rasa sekarang. . Sebab tu aku sensitif bila terdengar orang susah atau aku hargai apa yang aku dapat sekarang.Penerimaan aku dalam industry hiburan. Aku hargai kawan2 kerja aku dari producer, artis sampai lah yang buat air tu. Sebab aku tahu SUSAH untuk aku dapat semua ni walaupun dulu aku cakap nak berlakon pakat kena gelaj dengan kawan dan sedara. . Sebab aku pernah susah dan pengalaman tu, Hari ni aku beli jagung mahal dan aku kopek sendiri untuk buat makanan anak aku. Sambil kopek sambil sedih. 11 tahun dah berlalu. . TERIMA KASIH ALLAH ???

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

#pelakon #Pelakon #Berlakon #Shakilla Khoriri
;