Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 hingga 10 September ini.

Menerusi kenyataan yang dibuat semalam, beliau berkata sebanyak RM3.1 bilion dana telah disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan mulai Rabu.

Perdana Menteri juga mengambil maklum isu kelewatan BKC yang pada mulanya dijadualkan pelaksanaan pada bulan lalu.

Justeru, beliau mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyegerakan pembayaran kepada rakyat Malaysia yang layak menerima.

"Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19," katanya.

BKC bakal dimanfaatkan oleh 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40, M40 diikuti golongan bujang yang menepati syarat.

Sumber & Kredit Foto: BERNAMA