Seorang bayi lelaki yang baru berusia 38 minggu menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah dijangkiti virus COVID-19.

Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), difahamkan ibu kepada bayi tersebut masih bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.

Pihak JAWI turut berkongsi sekeping foto majlis pengebumian jenazah bayi tersebut yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL - Karak, Taman Selaseh.

“Ya Allah, sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah COVID-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh. Difahamkan ibunya kini masih bertarung nyawa di ICU,” tulis pihak JAWI menerusi satu ciapan.

Dimaklumkan juga bapa kepada lapan orang anaknya lagi sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Pihak JAWI mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan yang tinggi untuk berhadapan dengan musibah ini.

“Insya-Allah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak,” tulisnya lagi.

Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya menitipkan ucapan takziah dan bersedih di atas pemergian jenazah termuda virus itu.

Syurga buat mu, sayang. Semoga ibunya dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan seperti biasa,” tulis seorang wargamaya.

Bayi meninggal doh. Menteri-menteri pulak boleh gelak sakan dapat jawatan baru la, travel gi Turki la, Spanish fly la. Honestly man how do u guys sleep well at night really shook me to the core while Malaysians are dying on a daily basis,” luah seorang wargamaya.

Adik tak perlu merasa kekejaman dunia ni, selamat berehat,” ujar seorang wargamaya.

Kalau beginilah rupanya, baik duduk bersendirian di malam hari. Kesalahan pada rakyat ada bahagiannya, kesalahan pada pemimpin ada bahagiannya. Tenggelamlah kapal, tenggelamkanlah nakhoda bersama. Kemusnahanlah kepada penzalim dikalangan rakyat dan pemimpin,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 8,000 ulang ciap di Twitter.