Viral

Bayi 8 Bulan Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim, Ibu Praktikkan Alunan Selawat, Zikir & Azan Setiap Hari

gempak
Gempak
12/06/2024
01:25 MYT
Sponsor Banner
Bayi 8 Bulan Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim, Ibu Praktikkan Alunan Selawat, Zikir & Azan Setiap Hari
Seorang bayi, Fahry Nedzar mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar bermula usianya lapan bulan.
Menurut ibunya, Fatin Nur Sakinah Zolkifly, 31, dia dan suami mempraktikkan bacaan selawat, zikir dan ayat al-Quran sejak bayi mereka dilahirkan.
"Sejujurnya rasa tak layak nak kongsi tips ini tapi saya kongsi apa kami praktiskan dengan Fahry. Sejak dari lahir kami dah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari.
"Mulut saya bersilih ganti selawat dan surah terutama ketika nak tidurkan Fahry sebab waktu kecil dia jenis bayi 'high need' tetapi mudah tenang bila dengar bacaan ayat al-Quran, azan atau zikir.
"Kiranya surah dan selawat saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang sejenis automatik diam bila kami baca surah... Dia boleh tenang dan tenung mata kami," katanya kepada Sinar Harian.
@mommy.fahry Ada tanya soalan sehari berapa kali ulang baca surah ? Berapa surah baca setiap hari ? Jujur mommy tak boleh jawab sebab mommy tak pernah kira. Dan satu hari terus ada banyak surah.? Sebab mommy baca dengan Fahry random sangat waktunya. Ada waktu pagi, tengah hari , petang dan malam. Ulang ulang baca dan tak kira tempat. Waktu bermain, waktu makan, waktu duduk santai santai.. kalau rajin tu lebih sikit la. Dan tak pernah paksa untuk Fahry ikut. Bagi saya betul orang kata fasa anak kecik ni mereka seperti span. Kena hati hati jugak dengan perkataan kita guna sebab apa yg kita cakap tu pun anak serap.. ? #baby #babyboy #babyFN #parenting #parentingtips #mommy #mommylife ♬ original sound - mommy fahry
Sebelum ini video berdurasi satu minit 23 saat memaparkan adik Fahry yang kini berusia setahun lima bulan menyambung surah An-Nasr mendapat sembilan juta tontonan, satu juta tanda suka dan 17,000 komen daripada orang ramai.
Menerusi rakaman tersebut, ramai ibu bapa bertanya beberapa soalan mengenai kaedah untuk mendidik anak memahami dan menghafal surah lazim.

BERITA TRENDING: “MasyaAllah Suara Kapla Merdu Weh” - Terpegun Dengar Bacaan Al-Quran, Ramai Nak Jadikan Amir Ahnaf Suami

BERITA TRENDING: Tersentak Qawiyaro bila terjah Ngaji Skateboarder KL dan dia cakap "Ujian hidup saya AYAH saya bang" - Hype Hafiz S2

BERITA TRENDING: "Allahuakbar Sungguh Sebak & Sayu" - Ustazah Asma Harun Tersentuh Anak Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam 7 Bulan Di Akademi Al Quran AKMAL

Mengulas lanjut, wanita berkenaan tidak menyangka anaknya mampu menghafal surah lazim yang sering dibaca sejak bayi.
"Saya tidak sangka bacaan surah 'terakam' dalam otak dia, bermula umur enam bulan dia mula bercakap dan bila umur lapan bulan dia sudah mula pandai sambung surah yang saya baca.
"Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada membuka audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.
"Apabila sudah tiba masa kami akan bacakan surah dan 'tebuk' untuk uji hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama kelamaan dia akan dapat semua ayat," jelasnya. - Sinar Harian

BERITA TRENDING: Pandemik Ubah Tradisi Hafaz Al-Quran, AKMAL Cipta Modul Baharu Pengajian Tahfiz Online - "Lebih 100 Hafiz, Hafizah Khatam 30 Juzuk…

BERITA TRENDING: [VIDEO] Rita Rudaini Sebak, Rindu Bila Teringat Anak Minta Check Bacaan Hafazan - “Walaupun Kami Tak Perfect, Tapi…”

BERITA TRENDING: “Syukur, Alhamdulillah…” – Vie Shantie Gembira Tak Sampai Dua Minggu, Anak Dah Boleh Hafal 20 Ayat Dari Surah Al-Baqarah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024