Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pastinya pihak yang paling terbeban adalah peniaga kecil dan sederhana.

Jika barang sudah ada, platform untuk dipasar dan dijual pula tiada.

Namun, berita baik buat semua Gempak kini telah memperkenalkan sebuah platform baru digelar sebagai Pasar Place!

Pasar Place diwujudkan untuk membantu anda, perniaga-perniaga semua untuk merancakkan lagi perniagaan, sekali gus menampung pendapatan yang terjejas susulan penutupan Bazaar Ramadan ketika PKP.

Jadi apa yang menariknya tentang Pasar Place ini?

#1 Kepelbagaian Jenis Jualan

Jika platform lain hanya menumpukan kepada makanan semata-mata, namun tidak bagi Pasar Place.

Pasar Place membolehkan peniaga menjual pelbagai barangan termasuklah makanan, pakaian, kecantikan dan kesihatan serta produk lain-lain yang tersenarai.

#2 Saluran Portal Digital Hiburan Melayu No.1 Malaysia!

Selain daripada penempatan produk percuma di www.gempak.com/pasarplace, peniaga berpeluang untuk berafiliasi dengan portal digital hiburan Melayu nombor satu di Malaysia.

Gempak mempunyai jutaan pengikut serta pengaruh selebriti tanah air yang terkemuka dan terkenal dalam media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

Menarik bukan?

#3 Platform Yang Dipercayai

Jangan bimbang, Pasar Place telah membuat saringan dalam memastikan para peniaga menyertakan nombor pendaftaran syarikat yang diperakui oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pihak Pasar Place juga telah menyemak semula maklumat para peniaga secara dalam talian untuk memastikan tiada rekod penipuan yang dilaporkan.

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi saja pihak Pasar Place di [email protected].

#4 Kriteria Mudah Buat Peniaga Untuk Tersenarai Di Pasar Place!

Mudah saja, peniaga haruslah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Produk yang disenaraikan haruslah mesra-muslim, malah peniaga hasrulah berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing dan servis pengeposan yang diluluskan oleh kerajaan.

Selain itu, jualan perlulah daripada tiga kategori ini iaitu makanan dan minuman, pakaian, produk kesihatan dan kecantikan serta lain-lain perniagaan yang tidak melanggar syarat di atas

Bagi produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan perlu menyertakan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi apa tunggu lagi?

Rebutlah peluang berharga ini kerana Pasar Place hanya berlangsung selama lapanminggu dan senarai peniaga yang berdaftar akan terpapar di laman rasmi di sepanjang kempen berlangsung.

Anda berminat untuk menyertai Pasar Place? Klik di sini untuk mendaftar!