Ahli anggota kumpulan UNIC, Bazli menerima kehadiran cahaya mata ketiganya selepas isterinya selamat melahirkan bayi mereka di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan Bazli atau nama sebenarnya, Bazli Hazwan Che Osman, 36, menerusi satu entri video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Allahumma Amin, terima kasih atas doa semua. Bintang syurga ayah, amanah ayah!," tulisnya di ruangan kapsyen.

Video tersebut memaparkan Bazli yang sedang melaungkan azan di telinga cahaya mata ketiganya itu.

Allahumma Amin.. terima kasih atas doa semua. Bintang syurga ayah, amanah ayah! Affan teruja jd abang. Tak senang duduk, gembira betul dia. #bintangsyurga #affanbazli #affan #syahidbazli

A post shared by Entrepreneur Musician (@bazliunic) on


Perkongsian Bazli itu kemudian menerima pelbagai ucapan tahniah dalam kalangan pengikutnya.

Sebelum ini, Bazli pernah berdepan episod duka apabila kehilangan anak kesayanganya, Muhammad Syahid, yang meninggal dunia pada usia empat tahun akibat kanser limfoma pada 7 Jun 2017.

BACA: Anak Kesayangan Ayah Dah Pergi, Allah Sayangkan Syahid...- Bazli UNIC

Bazli yang berkahwin dengan Asiah Abu Bakar turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Muhammad Affan yang kini berusia tiga tahun.