Hiburan
BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Sebelum Jakarta 'Lockdown'
Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil peluang menziarahi pusara arwah suaminya, Ashraf Sinclair selepas kerajaan Indonesia membuat keputusan untuk melaksanakan kembali Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).
PSBB akan bermula hari ini (Isnin) di mana seluruh warga Jakarta diwajibkan melakukan kegiatan di rumah termasuklah bekerja dan belajar.
Perkara itu dikongsikan oleh ibunya, Emmy Muchils di Instagram (IG) miliknya.
"#Alfatihah untuk daddy Ash#menjelang psbb#," tulisnya sebagai kapsyen.
Emmy menemani BCL dan anak lelakinya, Noah mengunjungi pusara arwah menantunya itu pada Sabtu lalu.
Terdahulu, suami BCL, Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari.
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Must-Watch Video