Laman Utama

“Be***a Ni Tuduh Mak Aku Sihir Dia” - Kaki Sondol & Gold Digger, Bekas Adik Ipar Dedah Sikap Sebenar Pelakon Wanita?

gempak
Hanafis Haris
11/07/2021
02:23 MYT
Sponsor Banner
“Be***a Ni Tuduh Mak Aku Sihir Dia” - Kaki Sondol & Gold Digger, Bekas Adik Ipar Dedah Sikap Sebenar Pelakon Wanita?

Kecoh di media sosial apabila bekas adik ipar seorang pelakon membuka rahsia yang mendakwa wanita tersebut sebagai pemusnah rumah tangga orang.

Menerusi beberapa posting di Twitter, individu itu pada awalnya menceritakan bagaimana abangnya menceraikan bekas kakak iparnya demi berkahwin dengan pelakon berkenaan.

Walau bagaimanapun, selepas lima bulan berkahwin pada 2017, abangnya itu dikatakan mula mengetahui perangai sebenar pelakon terbabit.

“Abang i tiba-tiba berubah 100% tak balik langsung, tak ingat keluarga langsung. Korang boleh judge sendiri tau,” katanya.

Menerusi posting itu lagi, individu tersebut juga mendakwa ibunya telah difitnah menyihir pelakon berkenaan.

“Betina ni fitnah mak aku sihir dia. Orang buat baik, dia fitnah. Tak habis-habis nak pisahkan mak aku dengan abang aku.

“Dah banyak kali kena aniaya, kena baling taik. Mak aku still baik, tolong lagi.

“Ni part memang kurang ajar, betina ni on call dengan mak aku. Rude dengan mak aku, dia kata dia kahwin dengan pilot bukan dengan pekerja McD,” katanya.

Posting berkenaan kemudian dihujani dengan 1,001 satu persoalan adakah benar pelakon tersebut berkelakuan seperti itu.

Biarpun ramai yang terkejut dengan pendedahan itu, namun tidak kurang juga yang menyebelahi pelakon berkenaan.

“Kita marah atau benci sekali pun, janganlah sampai membuka aib orang,” kata seorang netizen.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di Instagram pelakon berkenaan, tiada sebarang respon dibuat oleh tuan empunya badan.

Walau bagaimanapun, ruang komen di beberapa posting telah dihujani dengan asakan netizen yang mahukan kebenaran.

Ada juga yang mengambil kesempatan untuk ‘tarbiah’ pelakon itu kerana merampas suami orang.

“Tak fikir ke ada anak perempuan, banyak and kahwin cerai. dengan sikap awak, kifarah cuma cepat dan lambat je. Jangan nak menyesal kemudian hari,” tulis seorang pengguna Instagram.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live