"Be Strong Sayang, I Tahu You Takut Doctor" - Dijangkiti Influenza, Almy Nadia Masuk Hospital

Kamaruddin Razal
April 16, 2018 10:08 MYT
Pelakon Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti influenza.
Menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram Almy, pelakon drama bersiri Dunia Baru itu memuat naik sekeping foto pemandangan dari katil sebuah wad hospital.
"My view today," tulis Almy di ruangan kapsyen.
Menerusi perbualan Almy bersama peminat di ruangan komen, pelakon filem Nana Tanjung ini mengesahkan dirinya terkena jangkitan influenza kerana batuk, demam dan selsema yang berlanjutan selama dua minggu.
Suami Almy, Datuk Fizz Fairuz sempat menyakat isterinya menerusi sebuah entri di laman Instagram.
"Be strong okay sayang..I tau you takut doctor hahahaha... Check in sini dulu okay, kami tiga beranak pergi holiday kejap hahahaha," tulis Fizz dalam nada gurauan.
Rata-rata peminat mendoakan agar Almy segera sembuh seperti biasa.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Almy & Fizz
#pelakon #Fizz Fairuz #Almy Nadia #Pelakon #Almy Nadia