Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Beberapa Hari La Liga Bermula, Bapa Lamine Yamal Ditikam Di Tempat Letak Kereta

Gempak
15/08/2024 05:21 MYT
Mounir Nasraoui, bapa kepada pemain bola sepak popular Lamine Yamal cedera selepas ditikam dalam satu serangan di tempat letak kereta di Barcelona, Sepanyol.

Menerusi laporan yang diterbitkan oleh akhbar La Vanguardia, Mounir ditikam beberapa kali ketika insiden terbabit.

Disebabkan kecederaan yang dialami, Mounir kemudian dikejarkan ke hospital Universiti Pujol di Badalona, Sepanyol.

Difahamkan, pihak polis Sepanyol sedang giat menjalankan siasatan mengenai insiden tikaman berkenaan. Menerusi laporan awal, terdapat beberapa individu yang terlibat dalam serangan terbabit dan beberapa suspek telah ditahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Warga Emas Maut Ditikam Di Kepala Oleh Anak Saudara

​ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Cerita Detik Cemas Ditikam Ketika Cuba Dirompak Di Pusat Beli-Belah - "Nasib Baik Pisau Tak Kena Pada ..."

​ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rebut’ Takhta Popular, YouTuber Maut Ditikam Pesaing Sewaktu Bersiaran Langsung

​ARTIKEL BERKAITAN: Enam Maut Ditikam Di Pusat Beli Belah Di Sydney, Saksi Sifatkan Insiden ‘Gila’

​ARTIKEL BERKAITAN: Macam Dalam K-Drama! Ketua Parti Pembangkang Korea Selatan Ditikam Di Leher Saat Mengadakan Sidang Media

Dalam masa sama, sepotong rakaman video yang memperlihatkan Mounir berbalah dengan jirannya.

Kejadian tersebut berlaku beberapa hari sebelum La Liga musim 2024/25 bermula.

Lamine Yamal dinobat sebagai Pemain Muda Terbaik Euro 2024 disebabkan prestasi luar biasanya dengan La Roja.

#Lamine Yamal #Bapa Lamine Yamal #La Liga
;