Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Beberapa Hari Sebelum Kemalangan, Dia...." - Ini Pendedahan Erma Fatima Tentang Anak Eizlan Yusof

Rozaimi Zubaidi 16/07/2019 | 03:43 MYT
Pelakon, pengarah dan penerbit Erma Fatima kagum dengan sikap dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak kepada aktor Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof.
Menerusi entri di Instagram (IG), Erma mengimbau semula saat-saat Zareef yang mengalami kemalangan pada Khamis lalu.
"Dia sangat istimewa dihati aku. Seorang anak yang dibesarkan dengan kehidupan yang sangat selesa tetapi penuh dengan peradaban. Mulutnya tak lepas dari kata maaf.
"Dia tak sombong dengan kesenangannya. Pandai beli jiwa semua orang. Such a sweetheart.
"Beberapa hari sebelum kemalangan dia tidur dengan aku, kadang-kadang pergi set satu kereta dengan aku, makan sama-sama, balik sama-sama.
"Pagi tu dia berangkat ke set dari hotel 5 minit awal dari aku. Bayangkan ketika aku melewati tempat kemalangan aku nampak kereta dia dah terbalik.
"Aku berlari turun kereta dalam tangisan cari dia. Aku nampak dia duduk tepi jalan dalam keadaan terkejut.
"Alhamdulillah, malaikat jaga kau sayang sedikit luka pun tak ada. Aku tetap bawak dia ke hospital untuk check dan kau anak yang sangat kuat sayang.
"Kau tetap nak teruskan shooting. Terima kasih Allah kerana kau selamatkan dia dari segalanya saat kau menghantar dugaan itu.
"Anak ku, kau berbakat seperti ayah kau darah yang mengalir dalam tubuh kau ada darah seni tapi ini bukan tempat kau sayang ini hanya tempat untuk kau bermain.
"Kau ada tugas yang lebih besar yang kau harus selesaikan iaitu persekolahanmu. Apa pun kau selalu dan akan sentiasa berada di dalam hatiku. #mysweetheart," tulisnya.

DIA sangat istimewa dihati aku.. Seorang anak yg dibesarkan dgn kehidupan yg sgt selesa TETAPI penuh dgn peradaban. Mulutnya tk lepas dari kata maaf..dia tk sombong dgn kesenangannya..pandai beli jiwa semua orang..such a sweetheart.. Beberapa hari sebelum kemalangan dia tidur dgn aku..kdg2 pegi set satu kereta dgn aku..mkn sama2..balik sama2.. pagi tu dia berangkat ke set dari hotel 5 minit awal dari aku.. Bayangkn ketika aku melewati tempat kemalangan..aku nampak kereta dia dah terbalik. Aku berlari turun kereta dlm tangisan cari dia. Aku nampak dia duduk tepi jalan dlm keadaan terkejut. Alhamdulillah..malaikat jaga kau sayang..sedikit luka pun tkde. Aku tetap bawak dia ke hospital untuk check. Dan kau anak yg sgt kuat sayang..kau tetap nak teruskan shooting.. Terima Kasih Allah kerana kau selamatkan dia dr segalanya saat kau menghantar dugaan itu. Anak ku...kau berbakat seperti ayah kau..darah yg mengalir dlm tubuh kau ada darah seni. Tapi ini bukan tempat kau sayang..ini hanya tempat utk kau bermain...kau ada tugas yg lbh besar yg kau harus selesaikan iaitu persekolahan mu. Apa pun..kau selalu dan akn sentiasa berada di dalam hatiku.. #mysweetheart

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata akui tersentuh dengan perkongsian yang dilakukan oleh Erma dan mendoakan agar Zareef berjaya bergelar seorang pelakon yang hebat suatu hari nanti.
Baru-baru ini, Zareef terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Mak Cun di Kuala Selangor pada Khamis lalu.
Ketika kejadian Zareef menaiki kereta yang dipandu oleh ibu saudaranya dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.
#pelakon #Erma Fatima #Pelakon
;