Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Beberapa Rakyat Malaysia Putuskan Kekal Di Bangladesh - Wisma Putra

Gempak
23/07/2024 10:25 MYT
Wisma Putra pada Selasa memaklumkan beberapa rakyat Malaysia yang merupakan pelajar tahun akhir dan mereka yang bekerja di Bangladesh, memutuskan terus kekal di negara itu.

Kekal di Bangladesh

"Mereka yang memilih untuk kekal adalah disarankan untuk terus berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, bagi menerima maklumat terkini dan sokongan jika perlu.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan serta memastikan keselamatan mereka terjamin, menurut kenyataan Wisma Putra itu.

Kenyataan itu memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan terus beroperasi seperti biasa dan memantau situasi dengan rapat, sedia bertindak dengan pantas terhadap sebarang perkembangan, serta memastikan rakyat Malaysia di negara itu mendapat maklumat dan sokongan yang diperlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbangan Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Bangladesh

ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan Ragut Ratusan Nyawa, Tentera Bangladesh Kenakan Perintah Berkurung

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah Dilanggar Motor, Lelaki Bangladesh Ini Digilis Pula ‘King Of The Road’ Gara-Gara Enggan…

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Bangladesh Diselamatkan Terkunci 6 Hari Dalam Kontena

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]: “Tentulah Saya Sudi Makan” - Fazley Yaakob Sebak Lihat Keikhlasan Pekerja Bangladesh Sediakan Makanan


"Seramai 123 orang rakyat Malaysia selamat menaiki penerbangan khas AirAsia AK76 pada jam 11.23 pagi waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal.

"Penerbangan itu yang sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada jam 5.10 petang ini,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra memaklumkan kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan Bangladesh atas kerjasama baik yang telah diberikan, dalam memastikan proses membawa pulang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka telah menyelaraskan proses evakuasi dengan kerjasama yang rapat daripada kerajaan Bangladesh,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh, berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.

Misi berkenaan melibatkan 15 pegawai daripada Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara.

Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai, susulan keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.

Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi yang mengorbankan lebih 130 nyawa.

Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian

#Bangladesh #Rakyat Malaysia #Wisma Putra
;