HIBURAN
Beego Mahu Pertahankan Rumah Tangga, Linda Hashim Pula Nekad Nak Cerai - “Saya Harap Dia Boleh Balik…”
Pelakon Beego yang tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 9.45 pagi, Khamis memberitahu dia masih mahu menyelamatkan rumah tangganhya dengan isteri, Linda Hashim.
Pertahankan rumah tangga
Hadir bagi prosiding pertama kes perceraian mereka, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, bagaimanapun berkata isterinya masih nekad untuk berpisah.
“Hari ini adalah sebutan kes pertama saya. Jadi, saya dan tuan Akmal akan masuk dulu dan bincangkan. Kalau tanya saya tentang permintaan dia, mungkin tidak akan lepaskan lagilah.
“Kita mungkin akan bawa ke satu lagi rundingan untuk cuba selamatkan rumah tangga ini. Saya harap kita doakan yang baik-baik sahaja untuk saya,” luahnya kepada Gempak.
Jelasnya lagi, buat masa ini tiada tuntutan lain yang difailkan selain daripada keinginan Linda untuk berpisah.
Ruang berbincang
Bagaimanapun, Beego tetap berharap ada ruang untuk mereka berbincang sebelum membuat keputusan muktamad.
“At least ada satu rundingan terakhir sebelum kita ‘settle down’. Apa-apa pun, mesti kita nak tahu kenapa. Kalau boleh selamatkan, kita cuba untuk selamatkan,” katanya.
Tak jumpa dengan Linda
Ketika ditanya mengenai status terkini mereka, Beego mengakui sudah lama tidak berjumpa dengan Linda, sekaligus mengesahkan isterinya benar-benar sudah keluar dari rumah mereka.
“Alhamdulillah, buat masa sekarang ni saya cuma nak selamatkan rumah tangga saya sahaja. Cumanya saya tidak dapat berjumpa dengan dia agak lama.
“Jadi, statement dia keluar dari rumah itu memang betullah. Saya harap dia boleh baliklah. Doakan yang baik-baik, insya-Allah,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Lagi Tinggal Sebumbung, Linda Hashim Tak Pernah Halang Beego Jumpa Anak-Anak - “Anak Sulung Kami Juga Dah Tahu”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Malaikat Dan Isteri Bukan Bidadari” - Beego
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga & Wujud Orang Ketiga, Linda Hashim Beri Respons - “Cukuplah Apa Yang Saya Dah Rasa”
Bagaimanapun, Beego memilih untuk tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kes mereka buat masa ini dan akan memberi kenyataan selepas segala urusan mahkamah selesai.
Untuk info, Linda menfailkan cerai terhadap Beego pada 17 Januari lalu dengan alasan tidak mempunyai persefahaman.
Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April tahun sama.
Linda bagaimanapun memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali memberikan suaminya peluang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.