Hiburan

Dakwaan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga & Wujud Orang Ketiga, Linda Hashim Beri Respons - “Cukuplah Apa Yang Saya Dah Rasa”

gempak
Khairil Khusyairi
06/02/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Dakwaan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga & Wujud Orang Ketiga, Linda Hashim Beri Respons - “Cukuplah Apa Yang Saya Dah Rasa”
Pelakon, Linda Hashim memberi respons mengenai dakwaan mengatakan dia menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga sehingga menjadi punca dirinya memfailkan cerai terhadap suami, Beego.

Enggan komen

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim berkata, dia enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan tersebut sebaliknya meminta supaya perkara tersebut ditanyakan sendiri kepada Beego.
“Itu boleh tanya kepada pihak defendan (Beego).
“Saya tak mahu komen lebih-lebih. Saya tak mahu panjangkan cerita lah,” komennya ringkas kepada Gempak.
Linda berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Linda turut memberi respons mengenai dakwaan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Beego sehingga dirinya nekad memfailkan perceraian.
“Saya tak mahu komen lebih. Tak mahu ia jadi panjang.

“Cukuplah apa yang saya dah rasa. Semua saya dah rasa,” ujarnya.

Dalam masa sama, Linda memaklumkan dia dan Beego tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.
“Saya dah fikir lama tentang ini, kami juga tidak lagi sebumbung sudah hampir empat bulan.
“Sudah tentu sebelum itu saya dah muhasabah diri, bertanya kepada orang yang tepat apa yang saya perlu buat untuk rumah tangga saya. Perlukah saya teruskan atau tidak? Jika teruskan adakah akan baik-baik saja atau sebaliknya? Jadi inilah jalannya,” ujarnya.
Mahkamah menetapkan 6 Mac depan merupakan tarikh sebutan kedua bagi kes tersebut.
Untuk info, Linda menfailkan cerai terhadap Beego pada 17 Januari lalu dengan alasan tidak mempunyai persefahaman.
Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April tahun sama.
Linda bagaimanapun memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali memberikan suaminya peluang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
BERITA BERKAITAN: Linda Hashim Tiba Di Mahkamah Sendirian Bagi Sebutan Pertama Kes Cerai, Beego Tak Hadir
BERITA BERKAITAN: Beego Terkejut Isteri Fail Cerai, Dakwa Tak Terima Notis Dari Pihak Guaman Linda Hashim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024