,
Hiburan

Beg & Kasut 'Berkulat' Selepas 2 bulan Tutup Operasi? Jangan Bimbang Semua Barangan Telah Pun....

Hanafis Haris
13/05/2020
07:37 MYT
Beberapa hari lalu viral gambar memaparkan keadaan barangan kulit seperti kasut dan beg yang kelihatan seperti telah dipenuhi dengan kulat atau fungus.
Difahaman, insiden tersebut berlaku di cawangan Metrojaya Suria Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.
Malah, Ketua Pemasaran Kumpulan The MUI, Karen Mak semalam mengakui berlaku kerosakan pada sebahagian barangan jualan mereka.
"Namun agak kesal dengan penyebaran gambar terbabit yang sepatutnya untuk kegunaan siasatan dalaman sahaja.
"Ada pelbagai sebab mengakibatkan barangan di premis berkenaan dalam keadaan seperti itu, namun punca sebenar masih dalam siasatan.
"Kami mengambil langkah pencegahan yang diperlukan mengikut panduan pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan memberi jaminan pelanggan boleh membeli-belah dengan selamat di premis terbabit," katanya menerusi Harian Metro.
Namun, tidak sampai beberapa jam kenyataan dikeluarkan, viral pula video proses pembersihan dilakukan di pusat membeli belah tersebut.
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa pekerja meletakkan barangan yang telah rosak ke dalam plastik hitam.
Sama ada dibuang atau dibersihkan itu masih belum dimaklumkan secara khusus.
Apa yang pasti, sebuah jenama kasut di dalam pusat membeli belah itu telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi.
Menurut syarikat itu, kesemua barangan yang rosak pada permukaan telah pun dibuang untuk keselamatan pengguna.
Anda boleh lihat kenyataan tersebut di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

"Maggi Tu Saya Patah Dua, Satu Makan Breakfast, Satu Lagi Simpan Dinner" - Amir Ahnaf

gempak
15/04/2023
04:54 MYT
Cerita peritnya zaman PKP.
Laman Utama

Jatuh Sakit Sejak PKP, Wan Raja Susut 10kg- "Jika Tersalah Makan..."

gempak
05/04/2023
04:44 MYT
Wan Raja Kini Susut 10kg
Laman Utama

Promosi Perniagaan Pengikut Media Sosial Tanpa Dipinta, Netizen Kenang Kemurahan Hati Adibah Noor - “Arwah Merupakan…”

gempak
20/06/2022
01:50 MYT
Murahnya hati arwah...
Laman Utama

Haqiem Rusli, Isteri Rai 8 Pasangan Pengantin Hasnuri - "Simbolik Angka 8, Mereka Kahwin Ketika PKP"

gempak
18/04/2022
10:43 MYT
Tak lambat lagi nak wish selamat pengantin baru kan?