Hiburan

“Being Together For 13 Years” – Anzalna Terharu Suami Pakaikan Kasut Sebelum Hantar Ke Rumah Bapa

gempak
Mya Amri
27/02/2019
06:29 MYT
Sponsor Banner
“Being Together For 13 Years” – Anzalna Terharu Suami Pakaikan Kasut Sebelum Hantar Ke Rumah Bapa
Pelakon, Anzalna Nasir terharu dengan tindakan suaminya, Hanif Zaki yang sanggup memakaikan kasut tanpa sebarang rungutan.
Perkongsian itu dibuat Anzalna menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
“Good morning kawan-kawan! Sebelum hantar ke rumah pengasuh papa tolong pakaikan kasut. Hahahahahahahhahha
“Being together for 13 years. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah. Amin... I love you @hanif_zaki, rajin betul @kiffy_razak ambil video kami anak beranak hahahahahahahah,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna melabelkan suaminya seorang lelaki yang romantik selain mendoakan kebahagiannya mereka berdua.
Sebelum ini, Anzalna pernah mendedahkan semenjak hamil, Hanif menghantarnya ke rumah bapanya seperti anak yang dihantar ke rumah pengasuh.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Dalam perkembangan terbaru, Anzalna kini sedang hamil lima bulan.
Foto: Instagram @anzalnanasir88
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live