Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba viral satu trending bungkusan teh o ais bersaiz gergasi dalam sebuah beg plastik.

Difahamkan, trend itu tercetus selepas satu video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dari negara seberang, Indonesia.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat beberapa pemuda keluar daripada sebuah kedai membawa beg plastik berisi minuman teh o ais.

"Besar, ada yang bisa lawan ga," tulis individu berkenaan sebagai kapsyen.

Video itu kemudian tular hingga ke Malaysia dan sehingga kini, video tersebut telah dikongsi sebanyak 37,600 kali dan telah menerima satu juta likes.

Menerusi ruang komen, kebanyakan netizen dilihat terkejut dengan saiz minuman berkenaan.

Malah, ramai juga bersikap 'sarkastik' apabila menyifarkan air berkenaan bakal membuatkan pundi kencing meletup.

"Memang meletup pundi kencing".

"Bekalan di padang mahsyar".

"Memang kena diabetes ni, nanti ku bawa lori," tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

@haidharwurjanto Berat, ada yg bs lawan ga @estehindonesia ♬ Yang Terdalam - NOAH