Bekas anggota K-Pop terkenal EXO, Kris Wu dilaporkan menjalani hubungan cinta dengan seorang pelajar.

Difahamkan wanita tersebut yang dikenali sebagai Luna merupakan seorang pelajar kolej perfileman di Beijing.

Luna juga dikatakan sedang membuat persiapan untuk bergelar sebagai seorang pelakon tidak lama lagi.

Berita tersebut hangat diperkatakan netizen selepas sekeping foto yang merakamkan Kris dan Luna sedang berjalan sambil berpegangan tangan disebuah tempat letak kereta.

Berita juga telah menjadi trending di laman sosial terkemuka di China iaitu WEIBO.

Bagaimanapun sehingga kini Kris masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Sumber: Koreaboo