Hiburan

Bekas Guru Tingkatan Lima Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem, Imbas Kenangan Zaman Persekolahan! - "Dia Pernah Marah Aku ..."

Muhammad Firdaus
23/05/2024
04:55 MYT
Bergelar seorang pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor berkongsi tentang kata-kata seorang gurunya yang masih terpahat dalam ingatan.
Menurut pelakon filem KL Gangster 2 itu, dirinya pernah dimarahi oleh seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Halimah dek kerana malas belajar.

"Kalau hang tak suka belajar hang jadi pelakon je...

Pelakon berusia 57 tahun itu juga turut mendedahkan bahawa kata-kata gurunya terdahulu ibarat doa terhadap pencapaian dirinya sekarang.
"Ini cikgu aku semasa Tingkatan 5, Cikgu Halimah. Sudah 79 usia dia. Alhamdullilah, masih sihat dan hadir malam gala Memoir Seorang Guru.
"Dia pernah marah aku katanya ‘kalau hang tak suka belajar hang jadi pelakon je’. Mungkin itu juga doa yang keluar dari seorang insan bernama guru," katanya.

Guru Hadir Ke Malam Gala Filem

Rosyam turut memuat naik video di akaun Instagramnya di mana dia berkongsi kehadiran gurunya itu semasa malam gala filem Memoir Seorang Guru yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Sekadar info, Rosyam Nor memainkan watak Cikgu Sunan iaitu seorang guru yang ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman dan ditugaskan menjadi guru di kelas paling corot.
Filem arahan Kyoll Hamzah itu merupakan adaptasi daripada novel Memoir Seorang Guru yang ditulis oleh penulis terkenal, Azizi Abdullah yang merupakan bekas guru dan penerima Anugerah Penulis S.E.A 1998 mewakili Malaysia.

BERITA TRENDING: "Kalau Saya Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan, Habislah Karier Saya Sebagai Pelakon" - Rosyam Nor

Selain Rosyam Nor, Memoir Seorang Guru menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Nabila Huda, Zul Huzaimy, Ellie Suriaty dan Johan As'ari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.