Bekas isteri kepada PU Raihan yang dikenali sebagai Ain Qaiyimah mendakwa mempunyai bukti pendakwah bebas itu mahu merobohkan kediaman mereka.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Ain memuat naik status mengenai bekas suami yang mahu merobohkan kediaman yang didirikan di atas tanah milik PU Raihan.

Dakwaan Ain dikuatkan lagi dengan status yang ditulis PU Raihan di media sosial miliknya.



Sebelum itu, Ain pada 15 May lalu memuat naik hantaran di laman sosial Facebook (FB) miliknya, memberitahu reda dengan ujian Allah SWT.

Dakwa Ain rumah tersebut adalah hasil daripada titik peluhnya, cuma dibina di atas tanah milik bekas suami.

“Saya telah mendapat satu permintaan daripada seseorang untuk melihat rumah yang “hangus” atas sebab dibina di atas tanah bekas Suami.

“Hari ini baru saya tergerak hati nak letak. Sebab nak post pun perlu ada kekuatan. Saya tak nak tuntut apa-apa sebab saya dah penat naik turun mahkamah. Dan dia pun pernah up status untuk runtuhkan rumah Ini,” tulisnya.



Hantaran tersebut menyebabkan bekas suami Ain, dikecam warganet yang menganggap peserta Pencetus Ummah musim keempat itu sebagai tidak bertimbang rasa.

Ain mendakwa bekas suami juga bertindak mahu membuat laporan polis akibat kontroversi berlaku.

“Tapi tu la. Dia memang silap pergi up status nak robohkan rumah. Ada tak selama ni saya kacau hidup dia sehingga dia sendiri up status untuk runtuhkan rumah "batu”.

“Tu dah macam ugutan jenayah sbb kes belum bicara di mahkamah. Dia yg mulakan pergi public benda ni. Dia yg dedah dulu. Lepastu saya pulak yang kene. Pastu cakap saya yang fitnah dia?

“Tu satu jenayah sbb mahkamah belum putuskan. Nak lakukan sabotaj pada harta orang.
Dia sendiri up status nak robohkan rumah "batu". Tak ada siapa paksa dia buat status tu.

“Bila kena serang, dia nak buat report. Maknanya dia secara tak langsung mengaku status ugutan sabotaj tu dia yang buat sendiri. Dengan kata lain, dia dah masuk perangkap sendiri.

“Buat ugutan jenayah utk buat sabotaj pada harta orang boleh kena reman.

“So bagus la awak buat report. Awak serah diri pada polis. Selamat beraya dlm lokap.



Dan yang terbaru, Ain memuat naik status mendakwa mempunyai bukti tangkap layar di aplikasi Whastapp mengenai PU Raihan yang mahu mengalihkan rumah dibina di atas tanahnya itu.

“Saya ada bukti kukuh SS Wasap PU Yang mengatakan Kalau ada perkhidmatan Buka, Cabut Atau alihkan rumah, Mohon alihkan ke tempat lain.

“Nak saya tunjuk kat sini? Atau nak saya tunjuk kat mahkamah?,” tulisnya.