Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bekas Isteri Dakwa Jofliam Tak Bayar Cukai, Ini Respon Tuan Badan - “Saya Tak Pernah Lari…”

Umirah Halim
12/11/2024 12:55 MYT

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Jofliam menafikan dakwaan berkaitan dirinya yang dikatakan culas membayar cukai oleh bekas isterinya, Cik Epal yang meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perniagaannya iaitu Pizza Wagyu Jofliam.

Nafi tak bayar cukai

Dalam entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar menyatakan bahawa dia tidak pernah mengelak daripada membayar cukai sebaliknya telah menyelesaikan segala bayaran sejak tahun 2020.

“Saya tak pernah lari dari cukai dan saya dah selesaikan cukai dari tahun 2022, 2021, 2020 dan ke bawah.

“(Cukai) 2024 perlu diselesaikan pada tahun 2024 dan 2024 pun belum habis guys.

“Pengiraan masih berjalan sebab perniagaan adalah berdasarkan ‘event’. Jangan kira duit masuk sahaja tapi kira juga duit yang keluar,” tulisnya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain, Jofliam sempat berkongsi resit perbelanjaan berkaitan perniagaan pizza termasuk gaji pekerja dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Hak Jagaan Anak Sepenuhnya, Cik Epal Cari Rumah Dekat Dengan Bekas Suami - “Senang Gilir Jaga, Asal Anak Bahagia Walau Aku Dibuang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Semakin ‘Mendonia’, Terima Lamaran Jadi Duta Pula - “Alhamdulillah, Rezeki Dapat…”

ARTIKEL BERKAITAN: Followers Digelar Sebagai Pentaksub, Cik Epal 'Back Up' - “Aku Sedar Je Kalau Ada Yang Sokong, Akan Ada Yang Hina”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sabar Jap, Saya Belajar Dulu Dengan Cikgu Vokal Terpaling Mendonia” - Bukan Biasa-Biasa, Cik Epal Serious Nak Jadi Penyanyi

Sekadar info, Cik Epal sebelum ini mencuri perhatian apabila menggesa pihak LHDN menyiasat perniagaan Jofliam dan mendakwa keuntungan yang diterima bekas suaminya sepanjang berbisnes adalah sekitar RM600,000 sebulan.

Cik Epal juga mendakwa perniagaan Joflian hanya menggunakan cara pembayaran secara tunai (cash only).

#LHDN #Cukai #Bayar #Lari #Nafi #Jofliam #Cik Epal
;