Hiburan

Dapat Hak Jagaan Anak Sepenuhnya, Cik Epal Cari Rumah Dekat Dengan Bekas Suami - “Senang Gilir Jaga, Asal Anak Bahagia Walau Aku Dibuang…”

gempak
Umirah Halim
11/11/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Dapat Hak Jagaan Anak Sepenuhnya, Cik Epal Cari Rumah Dekat Dengan Bekas Suami - “Senang Gilir Jaga, Asal Anak Bahagia Walau Aku Dibuang…”
Pempengaruh Cik Epal meluahkan rasa syukur selepas hak penjagaan anaknya iaitu Han dan Yuki, diberikan sepenuhnya kepada dia selaku ibu.

Dapat hak penjagaan sepenuhnya

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Cik Epal menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.
"Hak ibu sebagai penjaga termaktub dalam undang-undang.
"Alhamdulillah hak jagaan penuh Han dan Yuki dapat dekat aku," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Followers Digelar Sebagai Pentaksub, Cik Epal 'Back Up' - “Aku Sedar Je Kalau Ada Yang Sokong, Akan Ada Yang Hina”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sabar Jap, Saya Belajar Dulu Dengan Cikgu Vokal Terpaling Mendonia” - Bukan Biasa-Biasa, Cik Epal Serious Nak Jadi Penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Letak Jawatan Daripada Pizza Wagyu Jofliam - “Terima Kasih Jofliam, Saya Doakan ...

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Suruh Guard Benarkan Masuk” - Jofliam 'Back Up' Mak Dewi, Jawab Dakwaan Cik Epal Mengenai Isu Rumah

Dalam pada itu, Cik Epal turut memaklumkan bahawa dia terbuka untuk berbincang dengan bekas suaminya, Jofliam mengenai urusan penjagaan kedua-dua anak mereka.
"Hari ini aku bersedia berbincang dan demi kepentingan anak-anak, aku ketepikan bahawa duda aku burukkan aku depan anak, aku ketepikan hal aku diburuk-burukkan dan aku ketepikan fakta dia curang.
"Dia bapa yang baik. Aku tak bagi call sebab dia sentiasa akan gunakan pelbagai cara untuk rakam dan manipulasi keadaan.

"Demi anak-anak, aku cari rumah dekat supaya duda aku boleh jumpa dan boleh gilir-gilir jaga. Boleh jumpa anak anak selalu. Sebab aku sayangkan anak-anak aku," tulisnya lagi.

Bagaimanapun usahawan tersebut berkata dia akan menarik semula persetujuan mengenai hak jagaan anak-anak sekiranya bekas suami berterusan memburukkannya.
"Aku harap lepas ni duda aku tak buruk-burukkan aku lagi. Kalau tak, aku memang akan fight semula.
"Mengalah demi anak. Asalkan anak gembira dan punya ayah walaupun aku dibuang. Mama sentiasa sayang Han dan Yuki," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Semakin ‘Mendonia’, Terima Lamaran Jadi Duta Pula - “Alhamdulillah, Rezeki Dapat…”

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai hubungan rumah tangga Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Malah, pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Sekadar info, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024