Hiburan

Bekas Isteri Galih Galinjar 'Kes Hina Kemaluan Bau Ikan Masin' Kahwin Kali Ke-4

Maliah Surip
01/06/2024
16:50 MYT
Bekas isteri Galih Galinjar, Barbie Kumalasari mengumumkan telah kembali bergelar isteri selepas empat tahun bercerai dengan pelakon tersebut.

Bekas suami

Barbie, 43, mengumumkan perkahwinan kali keempat itu menerusi perkongsian di Instagram.

Bukan ‘orang lain’, Barbie rupanya kembali berkahwin dengan bekas suami nombor dua, Bagus Saputra.

“Alhamdulillah,” tulis Barbie sebagai kenyataan kepada video proses pernikahannya dengan Bagus.
Pada perkongsian sama, penyanyi dan pelakon itu juga memberitahu suami peluk Islam sehari sebelum mereka berkahwin.
Dia yang pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi penipuan seperti mengaku dirinya pemilik kedai berlian diketahui menerima 100 gram emas sebagai mas kahwin.
Pada tahun 2021, nama Barbie Kumalasari ikut terseret dengan kes sensasi Galih kerana menghina kemaluan bekas isterinya sebelum ini, Fairuz A Rafiq sebagai berbau ikan masin.
Akibat penghinaan yang dilakukan secara terbuka di sebuah temu bual yang disiarkan, Galih dipenjarakan selama dua tahun.
Barbie dan Galih berkahwin selama empat tahun sebelum bercerai pada 2020.

BERITA TRENDING: Artis Indonesia Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin Menangis Nak Jumpa Anak - "Mungkin Bila Dosa Saya Sudah Habis Ditebus..."

PILIHAN PEMBACA: Fairuz A.Rafiq Lebih Bahagia dengan Sonny Septian Ketimbang Galih Ginanjar

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.