Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik
Maliah Surip
18/04/2024 13:21 MYT
18/04/2024 13:21 MYT
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.
Mempunyai pengaruh yang cukup besar dengan semua konsert yang dilakukan laris serta album terjual jutaan unit di seluruh dunia, banyak pihak meletakkan Swift sebagai figura penting industri seni.
Namun berbeza buat bekas isteri mendiang vokalis Nirvana, Kurt Cobain, Courtney Love.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu terbabit dengan projek temu bual The Standard yang membincangkan tentang figura yang menjadi idolanya.
Selebriti berusia 59 tahun tersebut mengaku mengidolakan figura seperti Patti Smith, Nina Simone, PJ Harvey, Debbie Harry, Julie London dan Joni Mitchell.
Namun nama Taylor Swift tidak mahu dalam senarai ‘individu penting’ baginya meski penghibur tersebut adalah figura yang telah mencetuskan fenomena luar biasa sepanjang kariernya.
“Pada saya Taylor Swift tidak penting,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Dia kemudian menambah: “Dia mungkin berada dalam zon selesa kerana sangat diminati kini.
“Dia mungkin adalah Madonna pada masa kini (populariti) tapi Swift tidak menarik sebagai seorang artis.”
Justeru hal tersebut bagi dirinya menjadi satu perkara yang klise.
“Memang menarik apabila melihat ramai penyanyi wanita yang sukses dalam industri.
“Tapi kebanyakkan mereka menjadi klise. Mereka macam klon. Semuanya sama,” ujarnya.BERITA TRENDING: Kurt Cobain Dah Lama Mati, 'Bayi' Dalam Cover Album Nevermind Tiba Tiba Saman Grup Nirvana
Mempunyai pengaruh yang cukup besar dengan semua konsert yang dilakukan laris serta album terjual jutaan unit di seluruh dunia, banyak pihak meletakkan Swift sebagai figura penting industri seni.
Namun berbeza buat bekas isteri mendiang vokalis Nirvana, Kurt Cobain, Courtney Love.
BERITA TRENDING: Anak Kurt Cobain Kahwin Dengan Anak Legenda Skateboard, Tony Hawk
Bagi Love yang juga merupakan vokalis kumpulan Hole, Swift bukan figura penting.Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu terbabit dengan projek temu bual The Standard yang membincangkan tentang figura yang menjadi idolanya.
Selebriti berusia 59 tahun tersebut mengaku mengidolakan figura seperti Patti Smith, Nina Simone, PJ Harvey, Debbie Harry, Julie London dan Joni Mitchell.
Namun nama Taylor Swift tidak mahu dalam senarai ‘individu penting’ baginya meski penghibur tersebut adalah figura yang telah mencetuskan fenomena luar biasa sepanjang kariernya.
“Pada saya Taylor Swift tidak penting,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Dia kemudian menambah: “Dia mungkin berada dalam zon selesa kerana sangat diminati kini.
“Dia mungkin adalah Madonna pada masa kini (populariti) tapi Swift tidak menarik sebagai seorang artis.”
BERITA TRENDING: Lelaki ini Kaut Untung RM30 Ribu Sehari Bawa Peminat Tengok Konsert Taylor Switt!
Love juga mengatakan kejayaan banyak penyanyi zaman kini hanya menjadi klon buat kemahsyuran yang pernah dikecapi oleh penghibur terdahulu sebelum mereka.Justeru hal tersebut bagi dirinya menjadi satu perkara yang klise.
“Memang menarik apabila melihat ramai penyanyi wanita yang sukses dalam industri.
“Tapi kebanyakkan mereka menjadi klise. Mereka macam klon. Semuanya sama,” ujarnya.