Viral

Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau Tak Salah..”

gempak
Umirah Halim
29/05/2024
03:10 MYT
Sponsor Banner
Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau Tak Salah..”
Seorang wanita tampil membuat pengakuan mendakwa dirinya pernah ada hubungan cinta bersama pempengaruh islamik, Qawiyaro atau Qawiy.
Menerusi pendedahan yang dibuat di akaun Instagramnya yang menggunakan nama @atyka.j, wanita tersebut mendakwa dia dan individu yang berinisial Q pernah ingin melanjutkan perhubungan mereka kepada pertunangan namun dipercayai putus di tengah jalan.

“Untuk pengetahuan semua saya tidak terlibat dalam kes Q***** yang baru viral, tapi ada hal lain antara saya dengan dia belum selesai.

“Mungkin ramai tak tahu ye betul dulu kami pernah nak bertunang tapi tak jadi hanya segenlintir dan keluarga kami saja yang tahu pasal hubungan kami.
“Nampaknya tarik panjang juga ek kes ni. Saya ajak dia berjumpa untuk berbincang tapi dia tak nak dia block saya. Kalau betul kau tak salah kau jangan lari. Kalau ikutkan emosi saya semua bukti saya sebarkan tapi saya masih berfikiran waras untuk jaga maruah dan aib dia,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.

Muat naik sijil kursus kahwin

Selain itu, wanita tersebut turut memuatnaik sijil kursus kahwin yang bertulis nama influencer tersebut dan dirinya sebagai bukti mereka pernah menyertai kursus perkahwinan bersama. Wanita itu turut memuat naik tangkap layar perbualan antara pempengaruh berkenaan dan ibunya yang didakwa berlaku sehari selepas majlis merisik.
Malah, wanita tersebut turut meminta agar pihak pempengaruh berkenaan tampil bersemuka bagi menyelesaikan masalah antara mereka yang tidak dikenalpasti puncanya. Sementara itu, menerusi satu hantaran lain oleh individu yang tidak dikenalpasti mendakwa bahawa individu yang dimaksudkan di dalam Instagram Story @atyka.j adalah Qawiy.
“IG: @atyka.j Tu ex tunang qawiy. Dia ada spill something. Thanks to me,” tulis individu tersebut. Sementara itu, usaha pihak Gempak untuk menghubungi Qawiy bagi mendapatkan penjelasan yang selanjutnya masih gagal.
Sebelum ini, tular apabila ada dakwaan daripada individu tidak dikenali yang mengatakan Qawiy pernah membuat gangguan seksual terhadap wanita.
Selepas beberapa hari, Qawiy bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan perkara tersebut adalah fitnah menerusi perkongsian akaun Instagramnya.

Berita Trending: Qawiy Nafi Terlibat Dengan Jenayah Gangguan Seksual – “Tidak Benar Dan Fitnah”

Berita Trending: Ibu Sahkan Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia Akibat Serangan…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live