Ibu kepada Allahyarham Nabil Zamanhuri iaitu Fatimah Abdullah mengesahkan anak lelakinya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Bercakap kepada Gempak, Fatimah tidak menolak kebarangkalian ada saluran arteri arwah tersumbat.

"Dia cardiac arrest secara tiba-tiba sahaja, sebab masa tu dia baru lepas solat Subuh, baring dengan isteri dia.

“Mungkin di bahagian arteri ada tersumbat, tetapi mungkin juga disebabkan pemakanan dan cara hidup," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: "Arwah Alami Kekejangan Lepas Solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri

Mengadu sakit perut

Bagaimanapun, Fatimah menjelaskan, arwah pernah mengadu sakit di bahagian perut sejak beberapa bulan lalu, namun tidak pasti punca sebenar di sebaliknya.

“Kalau diikutkan, dia memang sihat dan tak ada masalah kesihatan yang kritikal sebelum ini. Dia juga selalu aktif terutama ketika bekerja. Kadang-kadang sampai lewat malam, jadi dia pun selalu lambat tidur.

“Sebelum ini, dia ada mengadu sakit sikit-sikit termasuk di bahagian perut sejak dua atau tiga bulan lalu. Tapi, perkara itu datang pada masa tertentu sahaja,” katanya.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


BERITA TRENDING: Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Fatimah ditemui selepas selesai urusan pengebumian Allahyarham Nabil di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada Ahad.

Jenazah Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini, jam 6.20 petang, hari ini.

Sebelum itu, jenazah arwah Nabil yang juga penyanyi dan pelakon itu selesai diurus dan disolatkan di Masjid Ukay Perdana.

Lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan terdekat hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat naib juara program realiti, Mentor musim pertama itu.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah pelakon pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad dan personaliti media sosial, Ubai MZ.

Allahyarham Nabil telah meninggalkan isteri, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata.

Sepanjang hayatnya, arwah Nabil telah berkhidmat bersama Astro selama 5 tahun sebagai Digital Strategist dan Content Development Unit untuk saluran Melayu.

Ia termasuk mengelolakan kandungan digital untuk rancangan signature Astro seperti Big Stage, Gegar Vaganza dan terbaharu The Hardest Singing Show.