Dalam pada Miss K siram pokok bunga pagi tadi, telefon pintar berdentang-denting masuk mesej.

Gigihkan juga baca walhal sibuk, rupa-rupanya ada gosip baru yang bekas pembantu peribadi seorang selebriti ni nak dikongsikan kepada Miss K.

Dakwa Miss Lana, dia mula-mulanya kecewa bila gajinya tak dibayar. Dapat payment pun RM10 sepanjang tiga bulan dengan selebriti itu.

"I dapat bayaran I dah, RM10. Itu pun sebab I paksa dia belikan top-up telefon I. Almost tiga bulan kot kerja dengan dia.

"Duk perah keringat orang tapi duit sesen pun tak bagi. Siapa nak ikut dia lagi kalau gaji tak dapat?

"Yang dapatnya maki hamun! Pernah I ikut dia ke sebuah negeri di selatan tanah air, hotel semua I cari sponsor, sikit duit pun tak bagi. Mujur I tak hadap," dakwany kepada Miss K.

Dakwa Miss Lana lagi, selebriti itu juga pernah mengajaknya ke beberapa lokasi untuk 'berubat'.

"Kononnya sebelum ni ada orang santau dan bomohkan dia, dia bawa pergi rumah seorang ustaz di satu tempat tu.

"Kemudian ada juga sekali pergi sampai ke utara tanah air untuk jumpa bomoh siam. Sebab takut kalah kes mahkamah katanya," dakwa Miss Lana sungguh-sungguh.

Sepanjang kerja dengan dia, dakwa Miss Lana, hari-hari dia makan makian berbakul-bakul.

"Orang macam tu memang patut kena santau!" getus Miss Lana.

Menambah lagi dakwaan, Miss Lana kata ada sebab selebriti yang dimaksudkannya itu asyik berpindah-randah sejak akhir-akhir ini.

"Rumah dia ya ampun kotor. Bau busuk, nak makan kat dalam tu pun tak sanggup.

"Dia sebenarnya menyewa rumah kos rendah sahaja.

"Then ada kawan I selalu cakap dia akan selalu pindah rumah sebab tak nak bayar duit sewa rumah. Lu pikirlah sendiri!

"Baju dia pakai hari-hari keluar itu pun baju sama. Tak tahu basuh sebulan sekali ke apa.

"Kalau tengok kaki dekat-dekat ada bintik-bintik hitam macam pesakit ***. Choi!" dakwanya lagi

Panjang lebar Miss Lana meluah perasaan kepada Miss K.

Apapun, Miss K doakan yang baik-baik untuk kedua-dua belah pihak. Tak manislah gaduh-gaduh.

Kalau kerja, biar profesional. Soal peribadi tu, urusan masing-masing. Tak gitu?

P/S: Apa cerita peminat Boy marah-marah Kak Mitch sebab komen pedas sangat masa Suara Viral?