Bekas Suami Minum Ketum, Pelakon Wanita Dedah Sudah Bercerai Lafaz Taklik - "Saya Dah Penat Simpan"
Umirah Halim
02/10/2024 09:55 MYT
02/10/2024 09:55 MYT
Pelakon drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu, Mimie Ara tampil mendedahkan bahawa dirinya sudah bercerai dengan bekas suami sejak tahun lalu.
Sudah bercerai
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian video di akaun Instagramnya.
“Status saya sebenarnya saya sudah diceraikan tahun lepas lagi oleh bekas suami saya.
“Menerusi lafaz taklik (bersyarat) jatuh talak jika dia minum ketum,” ujarnya.
Tambah Mimi, pendedahan itu dibuat selepas dirinya didakwa telah dipukul dan dikurung oleh individu yang tidak dikongsi identitinya.
BERITA TRENDING: Dikecam Promosi Produk Guna Gambar ‘Blur’
BERITA TRENDING: Dikecam Promosi Produk Guna Gambar ‘Blur’
BERITA TRENDING: Perkongsian Fattah Sebelum Kes Cerai Undang Sebak
BERITA TRENDING: Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung
BERITA TRENDING: Dikecam Promosi Produk Guna Gambar ‘Blur’
“Saya dah penat simpan. Saya hormat dia selama ini sebab tu saya masih tak buka aib dia sehingga kejadian dia membenarkan saya dipukul & dikurung.
“Saya simpan aib dia selama ini sehinggalah beerlaku perbalahan dan dia memutarbalikkan fakta jadi saya perlu jelaskan kepada semua.
“Tetapi dia masih menguar-uarkan bahawa saya ini masih isteri dia yang sah. Dia sangat baik, sebab itu saya beri peluang tetapi ada yang masuk campur sampai pukul saya.
“Ini yang membuat saya hilang sabar. Saya yang dianiaya, saya pulak yang dipukul,” tambahnya.
“Ini yang membuat saya hilang sabar. Saya yang dianiaya, saya pulak yang dipukul,” tambahnya.