Selepas Zarina Anjoulie berkongsi cerita mengenai keretakan rumah tangga di media sosial, bekas suami iaitu Eilyas Azhar tampil bersuara dengan mengakui kesabaran dia sudah mencecah tahap limit.

BACA: "Im Glad Its Over", Zarina Anjoulie Harap Talak 3 Dari Suami

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram Stories, Eilyas menyatakan dia masih perlu menjaga maruah justeru memilih untuk memberikan fokus pada diri sendiri.

"Bunga bukan sekuntum. Maruah saja la kena jaga. Maruah diri lagi, keluarga lagi, anak-anak lagi. Dah cukup dah kot bersabar. Malas dah. Baik fokus diri sendiri.

"Aku dah banyak bagi muka sampai aku tak ada muka dah. Hidup la kau dengan tenang.

"Aku ceraikan Zarina Anjoulie dengan talak 1 sekarang. Mana tahu kang tetiba dia cakap dia tak tahu ke.

"Hakim nak minta saksi tapi takda ke. Elok la aku selitkan lafaz kat sini sekali. Dah la tu kot. Tak ada apa dah aku nak cakap," tulisnya pada Isnin.



Sementara itu, Eilyas turut menafikan dakwaan Zarina yang menggelarkan dirinya bersikap tidak matang kerana terlalu mudah melafazkan cerai.

"Siapa yang cakap aku childish ka apa ka sebab asyik cerai. Dan sekarang aku tiba-tiba up (muat naik status di Instagram) macam ni. Sebelum ini ada aku buat benda terkutuk keji ini? Ada aku nak up?

"Aku diam saja. Kehidupan sebenar dengan kehidupan di media sosial ni lain. Semuanya palsu. Biar aku, keluarga dan Allah saja yang tahu. Bukan pertandingan pun siapa betul siapa salah, siapa menang siapa kalah," tulis Eilyas.



Mengulas lebih lanjut mengenai beg jenama mewah, Gucci yang dituntut oleh Zarina, Eilyas menegaskan bukan dirinya yang menginginkan tetapi dakwanya bekas isteri yang memaksa untuk menerima hadiah tersebut.

Malah katanya, dia bekerja dan mempunyai sumber kewangan sendiri jadi tidak wujud perkataan sugar mummy antara dia dan Zarina.

"Beg tu cerita dia aku tak nak pun. Dia yang sibuk belikan, paksa-paksa pakai. Kemudian cerai.

"Masa pertama kali haritu aku bagi baik kemudian cerai aku sikit pun tak heran, aku pulang ja bebaik takda bising-bising.

"Bukan aku hairan pun bebenda alah ini. Kemudian rujuk dia suruh aku ambil balik beg tu. Aku tolak tapi dia asyik paksa-paksa suruh ambil siap cakap ikhlas.

"Tu ikhlas dia untuk kali yang kedua la untuk beg bodoh ni. Kemudian jadi lagi benda ini dia ulang balik. Ingat aku ada masa ka nak layan benda bangang ni?

"Bakar saja tak pun jual. Nak sembang hukum dengan aku bab ikhlas pun dia tak tahu apa maksud ikhlas.

"Aku pun dah bagitau lama dah kalau jadi lagi benda jijik ini aku memang bakar saja terus. Jadi tak payah sembang sugar mummy la apa la.

"Aku kerja ada duit sendiri siap bagi nafkah. Takda aku heran duit kau sesen pun," tulisnya lagi.

Terdahulu, Zarina dan pasangannya yang lebih dikenali dengan panggilan Yas bercerai buat kali pertama sekitar Februari lalu selepas menikah pada Julai 2020.

Sebelum itu, Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.