Bekerjasama Meraikan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Anak, Fasha & Jejai Dapat Pujian Netizen!

Zulaikha Yusof
November 8, 2018 07:07 MYT
Foto pelakon Fasha Sandha bersama bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau lebih mesra disapa Jejai mendapat pujian netizen.
Fasha mengemas kini akaun Instagram (IG) miliknya dan menunjukkan mereka meraikan hari ulang tahun kelahiran keempat anak mereka, Jemyma pada Rabu lalu.
Menerusi kapsyen foto tersebut, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan menyatakan ini hanya sambutan secara ringkas dan dihadiri oleh ahli keluarga rapat sahaja.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata memuji tindakan Fasha dan Jejai yang saling bekerjasama untuk memberi kebahagiaan kepada puteri tunggal mereka di hari ulang tahun kelahirannya.
Terdahulu, Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 namun disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4 tahun.
#pelakon #Fasha Sandha #Jejai #Pelakon