Belajar Dari Kesilapan, Beri Peluang Untuk Saya Baiki Diri – Natasha Elyzza

Mya Amri
September 18, 2017 13:09 MYT
Pelakon baru Natasha Elyzza akui menyesal dengan kelakuannya dan berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki dirinya berhubung isu video tarian seksi yang hangat diperkatakan di laman sosial.
Natasha telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak secara terbuka menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.
Natasha juga menyifatkan perkara yang dilakukannya itu sebagai tindakan yang kurang bijak.
“Saya minta maaf di atas perkara yang telah dilakukan. Saya akui ia adalah tindakan bodoh dan saya belajar daripada kesilapan.
“Tasha mengaku Tasha dah conteng arang dekat muka ramai orang. Sejujurnya tak semua orang tahu cerita sebenar. Tapi masih silap Tasha buka bigo tu.
“Tasha minta maaf sangat-sangat. Tasha tahu ramai orang marah Tasha, tapi sejujurnya Tasha harap orang semua dapat maafkan Tasha dan bagi peluang untuk Tasha baiki diri Tasha,” tulisnya.
Bagaimanapun, Natasha masih lagi menutup ruangan komen IGnya.
BACA: Isu Video Seksi: Natasha Elyzza Akui Salah & Mohon Maaf, Nafi Wanita Itu Fathia Latiff
Foto: Instagram Natasha Elyzza
Teks: Mya Amri
#pelakon #Kontroversi #Pelakon #Natasha Elyzza