Bintang Gegar Vaganza (GV7) Ayu Damit akui gementar untuk membuat persembahan di minggu keempat malam nanti.

Menurut Ayu, dia bakal membawakan lagu rancak berjudul Jahat nyanyian asal Stacy.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Ayu juga gigih mempelajari rutin tarian lagu tersebut.

@ayudamit dance practice utk lagu @stacyanam “Jahat” ? . @indigitalmusic @ayufantastic_official @adlovengers #indigitalmusic #ayudamitgv7 #ayudamit #ayufantastic_official #gegarvaganza2020 #gegarvaganza7 #gv7 #farmfresh #digi #cuckoohealthyhome #adabi

A post shared by Ayu Damit ? (@ayudamit) on

Bagi memenuhi tugasannya, Ayu dengan penuh komitmen belajar bersungguh-sungguh untuk melengkapkan persembahannya di pentas GV7.

Dalam pada itu, Stacy juga turut mengirimkan ucapan dan kata-kata semangat buat Ayu.

All the best untuk Ayu Damit yang bawa lagu Jahat. Kasi pijak itu pentas Gegar Vaganza okay,” katanya.

Terima kasih beb @stacyanam ... ya allah suprise lagi minggu ni dapat telegram kata2 semangat dari sumaandak sabah... ok bha aku buat yg terbaik utk lagu kau ah #jahat... insyallah... tq stacy support.... #GV7 #GegarVaganza7 #MaraSuaraMembara #gempak #astrogempak #NormaBaharu #DisiplinMalaysia #Kekaltenang

A post shared by Ayu Damit ? (@ayudamit) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga tidak sabar untuk melihat transformasi Ayu menjadi ‘Stacy’.

BACA: Ini Trivia Menarik Lagu Berhantu Bakal Dinyanyikan Bintang GV7 Minggu Keempat!

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.