Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Belal Muhammad Petarung Palestin Pertama Juara UFC, Ini Fakta-Fakta Menarik Tentang Beliau!

Gempak
29/07/2024 10:30 MYT
Belal Muhammad berjaya merampas gelaran milik Leon Edwards selepas menewaskan bekas juara welterweight itu dalam aksi UFC 304, pada Ahad.

Acara utama yang berlangsung di Manchester, England, itu menyaksikan Belal menumpaskan Edwards menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision) selepas lima pusingan, sekali gus menjadi petarung MMA berketurunan Palestin yang pertama meraih kejuaraan dunia di UFC.

Pertarungan di Co-op Live Arena ini merupakan pertarungan ulangan bagi kedua-dua atlet tersebut.

Pada tahun 2021 lalu, pertarungan antara Edwards dan Belal dianggap tidak sah (no contest) susulan insiden tercucuk mata secara tidak sengaja oleh Edwards yang menyebabkan Belal tidak dapat meneruskan pertarungan.

Dengan kemenangan terbaharu ini, Belal melebarkan rekod profesionalnya kepada 24 kemenangan dan tiga kekalahan (24-3), manakala Edwards pula 22-4.








Sebagai rekod, Belal, 36, dilahirkan dan dibesarkan di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat oleh ibu bapanya yang berketurunan Palestin.

Dia menjalani latihan di bawah bimbingan ketua jurulatih Roberto Ramirez dan Nicasio Sanchez, selain mendapat tips serta nasihat dari legenda MMA dan bintang UFC Khabib Nurmagomedov.

Meskipun menetap di AS, Belal sering dilihat membawa bendera Palestin, malah turut mewakili negara tersebut dalam setiap pertarungannya.

Dia juga sering mengetengahkan isu-isu mengenai jenayah peperangan oleh Israel, serta kekejaman rejim Zionis terhadap anak bangsanya di Palestin.

BERITA TRENDING: “Anaknya Ada Segalanya, Dia Bimbang Tak Ikut Jejak Langkah” – Khabib Dedah Kerisauan Ronaldo

BERITA TRENDING: Pengganti Khabib Sudah Ditemui” - Zizan Razak Sedia Bertempur Menjadi Zizan Razav!

BERITA TRENDING: Dahulukan Agama, Taat Kepada Ibu Bapa – Jadi Prinsip Khabib Nurmagomedov, Juara Lightweight UFC Dunia.

BERITA TRENDING: Isu Salah Faham, Jay Park Ditampar Peninju UFC

#Juara #Palestin #UFC #Lawan #Belal Muhammad #Petarung #Leon Edwards