Hiburan

Isu Salah Faham, Jay Park Ditampar Peninju UFC

gempak
Mya Amri
09/03/2020
13:25 MYT
Sponsor Banner
Isu Salah Faham, Jay Park Ditampar Peninju UFC
Penyanyi Korea, Jay Park ditampar oleh peninju UFC, Brian Ortega.
Berita itu didedahkan oleh wartawan ESPN, Ariel Helwani menerusi akaun Twitter peribadinya pada Ahad.
“Artis Korea Jay Park yang hadir sebagai penterjemah kepada peninju Korea yang dikenali sebagai ‘Zombie Korea’, Chan Sung Jung telah ditampar oleh Brian Ortega.
“Park memaklumkan ada sedikit perkelahian yang berlaku namun berjaya dileraikan.
“Difahamkan Ortega tidak berpuas hati dan salah faham dengan terjemahan yang dilakukan oleh Park.
“Park memberitahu Ortega telah menghampirinya sewaktu Sung Jung ke tandas dan bertanya sama ada dia adalah Jay Park.
“Selepas mengiyakan pertanyaan tersebut, Ortega kemudiannya terus menamparnya,” tulis Helwani.
Terdahulu, kejadian tersebut berlaku di acara UFC 248 bertempat di T-Mobile Arena, Las Vegas pada 7 Mac 2020.
Bulan lalu, menerusi acara Ariel Helwani MMA Show Jay Park telah menterjemahkan ayat yang diutarakan oleh Chan Sung sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati Ortega.
“Dia berkata tidak kisah sekiranya Holloway (Max), Volkanovski (Alex) atau Ortega (Brian), tetapi Ortega pernah menundukkannya.
“Jadi dia kata tidak perlu untuk bertarung dengan seorang petarung yang sudah membuatkannya melutut,” ujarnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Allkpop, Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live