Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Belanjawan 2025: Peruntukan RM300 Juta Program Belia Kreatif MADANI, FDAM Sahut Seruan Kerajaan - "Moga Lebih Banyak Bakat Harumkan Nama Malaysia"

Amri Hassan
19/10/2024 08:40 MYT
Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki, menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam Pembentangan Bajet 2025 yang memperuntukkan RM30 juta untuk program Belia Kreatif MADANI.

BERITA TRENDING: Belanjawan 2025: Hampir Tiga Jam Berdiri, PM Hanya Teguk Air Sekali

Inisiatif ini dijangka menarik hampir 16,000 anak muda untuk menceburi bidang seni melalui pelbagai aktiviti kreatif seperti bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem, dan pertandingan filem pendek.

Menurut Afdlin, inisiatif ini seiring dengan matlamat FDAM untuk memperkasa generasi muda dalam industri kreatif tanah air, terutamanya dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem.

"Sebagai Pengerusi FDAM, saya amat berbangga dengan usaha kerajaan untuk memberi tumpuan kepada generasi belia melalui program Belia Kreatif MADANI.

"Ini bukan sahaja membuka peluang kepada belia untuk menceburi bidang seni tetapi juga memperkukuhkan lagi industri kreatif Malaysia. FDAM sentiasa menyokong inisiatif seperti ini kerana ia seiring dengan misi kami untuk membangunkan bakat-bakat baharu serta menyediakan platform yang kukuh bagi mereka berkembang," katanya.

BERITA TRENDING: Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA Akan Dinaikkan Kepada Kumpulan Kaya

Program Belia Kreatif MADANI yang diumumkan dalam Bajet 2025 adalah satu peluang emas untuk golongan belia memperkasa kemahiran mereka dalam dunia kreatif.

"Kami berharap dengan sokongan kerajaan ini, FDAM dan industri filem dapat melahirkan lebih banyak bakat yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini juga memberi peluang kepada kami untuk terus menyediakan latihan dan bimbingan, selaras dengan visi kami. Tambahan lagi FDAM baharu selesai menjayakan Bengkel Inkubator Pengarah Amatur FDAM 2024 pada 12-18 Oktober lalu" tambahnya lagi.

Afdlin juga mengajak semua penggiat seni serta anak muda yang mempunyai minat dalam bidang seni untuk merebut peluang ini dan menyertai program-program yang akan dianjurkan oleh FDAM dalam masa terdekat.

BERITA TRENDING: Belanjawan 2025: Gaji Minimum Ditingkatkan Kepada RM1,700 Sebulan

#Afdlin Shauki #Perdana Menteri #FDAM #Bajet 2025 #Belia Kreatif MADANI
;