Berita
Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA Akan Dinaikkan Kepada Kumpulan Kaya
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40.
Jelas beliau, kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana SBP dan IPTA tersebut untuk manfaat semua pelajar.
"(Kenaikan ini) cuma kepada kumpulan 15 peratus teratas. Maknanya di SBP dan universiti awam, kita kenakan sedikit kenaikan bagi golongan yang masuk kategori 15 peratus.
"Daripada itu boleh digunakan untuk membantu rakyat, pelajar atau mahasiswa dalam kategori M40 dan B40," katanya pada Pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen pada Jumaat.
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
"Ini kerana sekarang mereka dilayan sama... masuk hospital bayar RM1 atau berpendapatan jutaan ringgit. Jadi sepatutnya dikenakan sedikit tambahan wang utnuk dana perkhidmatan supaya dapat ditambah kepada tabung pemerintah, Kementerian Kesihatan dan diagihkan kepada pesakit miskin," katanya.
sumber: Astro Awani
BERITA TRENDING: Wanita Dikecam Sibuk Bersiap Di Watson, Netizen Luah Rasa Kurang Senang - “Hygiene Dik! Bukan Korang Je Yang Guna"
BERITA TRENDING: Belanjawan 2025: Fail Warna Hitam Tarik Perhatian, Rupanya Beg Songket Tenunan Kelantan Jadi Pilihan PM, Ini Maksudnya
BERITA TRENDING: Trisha Ooi Sanggup Ubah Penampilan Demi Watak - “Setiap Kali Lihat Cermin Dengan Rambut Perang…”
BERITA TRENDING: Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”
Must-Watch Video