Belasungkawa: Berpulangnya Biduan Belaian Jiwa, Jay Jay Tinggalkan Kembara Hiburan Dengan Tenang
Maliah Surip
05/08/2024 10:25 MYT
05/08/2024 10:25 MYT
Kali terakhir menonton dan menikmati enaknya vokal serta hebatnya gaya seorang penyanyi senior Jay Jay adalah pada Konsert Satu Suara Vol.3 Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jay Jay dan Ernie Zakrie tahun lalu.
Waktu itu seniman yang lahir di Kedah namun membesar di Kelantan ini mempersembahkan tembang hitnya termasuk Rindu Bayangan dengan sangat bersahaja.
Jay Jay memilih membuat persembahan bertemankan gitar akustik. Dan beliau mengalunkan indah vokal lelakinya ‘begitu sahaja’ tetapi sangat menggamit memori dan menjadi segmen paling heboh pada konsert malam itu.

Kembara hiburan
Waktu itu beliau juga berkongsi pengalaman tentang masalah peti suara yang rosak dan sempat kehilangan instrumen pentingnya sebagai seorang penghibur.
Meski demikian beliau berjaya pulih dan teruja kerana mampu kembali menghiburkan peminat yang setia menyokong kariernya selama berdekad.
Masih terngiang-ngiang lagu betapa merdu Jay Jay mengalunkan lirik ‘Seindah tiada lagi yang kuingatkan…Sayang kau hilang…Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini’ — tembang Belaian Jiwa yang membuat nama beliau harum di Nusantara.
Setahun berlalu. Banyak hal terjadi, pelbagai cerita berubah mengikut aturan Allah.
Seperti rahsia-Nya yang satu ini — malam Ahad 4 Ogos 2024, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus dijemput pulang oleh sang Pencipta.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung
ARTIKEL BERKAITAN: Buat Konsert Untuk Beri Kembali Kepada Masyarakat, Siti Nurhaliza Bawa Jay Jay & Ernie Zakri Dalam Satu Suara Vol. 3
ARTIKEL BERKAITAN: Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa
Khabar duka itu disampaikan oleh isteri allahyarham, Zaitoon Wahib kepada rakan artis, Datuk Hattan yang kemudiannya berkongsikan ia kepada media.
Penyanyi, pemuzik dan komposer tersebut menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun pukul 9.27 malam di Hospital Thompson Kota Damansara, Selangor.
Ironi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, keadaan kesihatan Jay Jay diketahui berada pada tahap kurang baik.
Allahyarham pernah menjalani pintasan jantung akibat saluran tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei lalu.
Namun penyanyi Joget Angan Tak Sudah itu tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani prosedur tersebut.
Karier allahyarham bermula menerusi pembabitannya sebagai vokalis dan pemain bass kumpulan Carefree.
Belaian Jiwa yang dipasarkan pada tahun 1979 adalah lagu bersifat malar segar yang tidak pernah jemu didengar peminat.
Kehebatan melodi, lirik dan pengaruh nyanyian allahyarham yang cukup enak dalam lagu ini kemudian diulang bikin dalam nuansa harmoni oleh kumpulan Ruffedge.
Bukan hanya satu sahaja karya hebat yang pernah dilahirkan Jay Jay tetapi dengan segudang pengalaman yang ditoreh menerusi dunia seni sepanjang empat dekad berkarya, diiktiraf dengan pelbagai anugerah, allahyarham sangat disegani namun sikapnya yang membumi dan sentiasa menyantuni sesiapa sahaja membuat Jay Jay disenangi ramai.
Beliau juga dikenali sebagai penghibur yang tidak lokek ilmu malah sangat disegani oleh rakan artis termasuk generasi muda yang menjadikan dirinya sebagai salah seorang senior dengan reputasi baik serta mampu bertahan dalam sepak terajang dunia hiburan.
Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Bandar Sunway, pukul 11.15 pagi tadi, Jay Jay meninggalkan seluruh peminatnya dengan Belaian Jiwa yang kekal menjadi Rindu Bayangan buat semua peminatnya.