Belasungkawa: Pyanhabib Seniman Sejati, ‘Brader, Lu Akan Terus Hidup’
Maliah Surip
05/06/2024 07:55 MYT
05/06/2024 07:55 MYT
‘Brader kita mesti terus hidup’ kini akan menjadi kalimat yang tidak lagi akan diucapkan tuan empunya badan.
Kalimat yang cukup sinonim dengan Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman ikut pulang ke negeri abadi bersama tuan empunya badan pada 4 Jun 2024.

Seniman sejati
Pyanhabib meninggal dunia. Usianya 66 tahun dan dijemput Ilahi kerana sakit tua di kediamannya di AU4 Keramat, Kuala Lumpur. Begitu pesanan duka yang masuk ke WhatsApp para keluarga, sahabat, media massa dan peminat.
Di Facebook, si isteri menggunakan platform milik suaminya itu menyampaikan khabar duka tersebut bersama permintaan agar mendoakan Allahyarham tenang di keabadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Arwah Pyanhabib Selamat Dikebumi, Lebih 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir
Bagi generasi Alpha, barangkali tidak ambil peduli dan bertanya ‘siapa Pyanhabib?’
Namun buat generasi dan penggemarnya, Pyanhabib adalah sosok manusia unik yang diilhamkan Ilahi dengan segudang kebijaksanaan dalam berkarya.
Beliau adalah seniman sejati yang namanya tidak perlu popular tetapi cukup membekas bersama untaian karya-karya hebat menusuk hati, antaranya kritis pandangan terhadap politik dan tanah air sendiri.
Dilahirkan di Taiping, Perak, figura yang hilang pendengaran sejak usia 12 tahun kerana demam panas ini cukup terkenal dengan puisi atau syair yang disifatkan sebagai puisi-puisi kecil tapi bersuara besar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siang Semalam, Ibu Bawa Ayah Ke Klinik Sebab Kaki Bengkak, Perut Kembung” – Anak Sulung Arwah Pyanhabib
Dua buah kumpulan puisi indie, Suara dan Saraf Dukaku serta Balada Pyanhabib, koleksi lengkap kepenyairan beliau adalah karya yang sangat sentimental dan ikonik pernah dihasilkan oleh seniman hebat ini.
Tidak hanya disegani dalam bidang penulisan, Pyanhabib terjun ke dunia perfileman atas ajakan rakannya, Nasir Jani lewat filem Kembara Seniman Jalanan (1986) sebagai Osman.
Malah menerusi pembabitan dalam filem kedua, Tsu Feh Sofiah (1987), Allahyarham memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7.
Namun jiwa besar seorang Pyanhabib sang seniman sejati cukup berani menolak anugerah tersebut, yang menurutnya dalam temubual bersama akhbar Utusan Melayu sebagai ‘seorang penulis yang tidak memerlukan anugerah orang filem’.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Dan Penyair Pyanhabib Meninggal Dunia, Fahmi Fadzil Ucap Takziah - "Kali Terakhir Kami Bekerjasama..."
Selain dua filem tersebut, Pyanhabib juga pernah terbabit dalam filem Rock Oo!dan drama bersiri yang mendapat perhatian di kaca televisyen, One Cent Thief membawa watak Osman.
Kini setelah kepergiannya di malam Selasa nan hening, Pyanhabib bertemu Ilahi dengan meninggalkan ‘wasiat’ yang perlu dipelihara oleh setiap penggemar dan penikmatnya.
Semoga pemilik kata ganti nama ‘gua’ ini tenang di keabadian. Dan ‘brader, lu akan terus hidup’ sebagai salah seorang seniman tak didendang terbaik yang pernah lahir di dunia.
Arwah Pyanhabib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 di sini, pada jam 11.25 pagi tadi.
Pengkebumian Pyann atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, berjalan lancar dan dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti.
Sumber foto: Utusan Malaysia