Hiburan

Pelakon Dan Penyair Pyanhabib Meninggal Dunia, Fahmi Fadzil Ucap Takziah - "Kali Terakhir Kami Bekerjasama..."

gempak
Mya Amri
04/06/2024
18:15 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Dan Penyair Pyanhabib Meninggal Dunia, Fahmi Fadzil Ucap Takziah - "Kali Terakhir Kami Bekerjasama..."
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan pemergian Allahyarham pelakon dan penyair, Pyanhabib sebagai satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

Kehilangan sebutir lagi permata industri seni

Fahmi berkongsi perasaan sedihnya menerusi coretan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Baru menerima khabar sedih tentang pemergian Mohd Supyan bin Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Pyan Habib.
“Allahyarham seorang penyajak, penulis, pelakon, dan seniman yang amat disayangi dan disegani,” maklumnya.

BERITA TRENDING: Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Dalam hantaran yang sama, Fahmi turut mengimbau momen manis tentang bagaimana Allahyarham banyak memberi inspirasi kepadanya.
“Di awal perjalanan saya sebagai seorang penggiat seni, saya sering nantikan persembahan bacaan sajak oleh Allahyarham.
“Kali terakhir kami bekerjasama ialah ketika melakukan 'cameo' dalam video Malaysia MADANI, nyanyian Bunkface tahun lalu.
“Pemergian Allahyarham akan diratapi para seniman tanah air.
“Tenanglah dikau di negeri abadi. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Al-Fatihah,” coretnya.
Terdahulu, Pyanhabib dilaporkan meninggal dunia di kediamannya bertempat di AU4 Keramat, pada Selasa malam selepas seminggu menyambut ulang tahun ke-66.

BERITA TRENDING: Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama Dua Individu Dipanggil Polis

BERITA TRENDING: Risikan Dilakukan Selama 6 Bulan Sejak Hari Pertama Arwah Zayn Rayyan Didapati Meninggal Dunia

Difahamkan, jenazah akan dimandikan di Masjid As Sobihin di Lembah Keramat, Ampang pada jam 9 pagi esok, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 jam 10 pagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024