Viral

Beli Nasi Lemak Kosong RM5, Chef Zam Kena Bayar ‘Extra’ Untuk Sambal - “Kalau Nak, Tambah Duit Lagi”

gempak
Ainun
22/08/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Beli Nasi Lemak Kosong RM5, Chef Zam Kena Bayar ‘Extra’ Untuk Sambal - “Kalau Nak, Tambah Duit Lagi”
Tular di media sosial apabila personaliti masakan, Chef Zam memuat naik video mengenai ketidakpuasan hatinya setelah terpaksa membayar lebih untuk makanan yang dipesan di sebuah kedai makanan.
Video berdurasi 51 saat itu menunjukkan Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, 54, telah membeli satu bungkus nasi lemak yang berharga RM5, tetapi tidak mempunyai sambal di dalamnya.
Bagaimanapun, dia terpaksa membayar lagi untuk mendapatkan sambal nasi lemak tersebut.
“Pada mulanya saya beli set Nasi Lemak. Kemudian, pekerja kedai makan itu cuba memujuk saya untuk menambah satu lagi lauk hidangan, Rendang ayam yang berharga RM 9.90 dan saya masih lagi okay.

“Saya buka bungkus nasi lemak, dan saya terkejut dalam tak ada sambal. Nasi lemak kosong yang mereka jual RM5 lebih. Kalau nak sambal kena tambah duit lagi”, katanya.

@chef.zam Jangan cuba menipu duit customers!, boleh??? Kepal hangguk dia jual nasi lemak tak de sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal!!!???? @Bungkus Kaw Kaw @KPDN SELANGOR @KPDN ♬ original sound - Chef.Zam
Walau bagaimanapun, video tersebut telah meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan pendapat Chef Zam yang menyatakan harga makanan yang dibelinya itu tidak munasabah dan terlalu mahal.
Antara komen yang ditinggalkan;
“Akhirnya, ada juga orang yang bersuara tentang harga kedai makan ini. Lepas ini, mereka dah boleh tutup terus.”
“Memang sedap kedai makan ini tapi harga dia kadang-kadang macam tidak masuk akal.”
“Terima kasih Chef Zam kerana bersuara. Kami sekeluarga dah kena. Tapi kami tak berani nak bersuara. Takut dia tak percaya atau dia tidak mengaku salah dia dan malas nak gaduh.”

BERITA TRENDING: Penyanyi Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

BERITA TRENDING: “Kak Masuk Cepat Ada Orang Follow” - Wanita Panik Dikejar Individu Tak Dikenali, Sempat Beri Amaran Pada Orang Lain

BERITA TRENDING: Guna ‘Surat Khabar’ Umum Kehamilan, Tya Ariffin Kini Hamil Cahaya Mata Ketiga

BERITA TRENDING: Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih 2.1 juta tontonan dan 99,800 ribu butang suka di platform TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024